Tuesday, July 06, 2010

Morning Sickness

Saya pelik la, bila saya tengok artis yang mengandung kuar komen disurat khabar tentang morning sickness mereka, mesti mereka akan kata , "Oh, alhamdulillah, tiada masalah diawal pregnancy, malahan saya lebih lagi bergerak aktif untuk terus berlakon". Walaupun kurang tepat tapi itu la lebih kurang maksud yang ingin disampaikan.

Saya tak puas hati betul dengan golongan artis ni. (Hahahahahahaha, tak masuk akal kalau nk dengki pun, tp nk jugak!!!) Kenapa??? Kerana dah dua kali saya mengandung dan dua2 kali itu la saya mengalami morning sickness yang amat hebat... Tak caya??? Hurrmmm, sebagai cth, saya muntah sehinggakan daging seketul keluar dari hidung saya. Yang keluar dari mulut? Tak perlu cerita, cukup la saya kata sehingga kosong isi perut... dan, yang lebih lagi adalah bukan sahaja morning sickness, but it more to daily sickness, dari pagi bawa ke malam... 

Tu belum citer tak boleh tido malam, kalau dapat dua jam tido tu, dah kira alhamdulillah.. Orang time pregnant boleh gemuk tapi saya, sehingga bulan ke 5 berat masih tak naik2.. Dah nk bersalin baru la berat naik. Ntah la, ingatkan pregnant kali ke dua ni, tak der dah mcm yg pertama, tp nampak macam 2x5, 5,x2 jer... Sabar jer la.. Bukan niat nk mengeluh, tp nk meluahkan...

Tapi, walaupun sepanjang pregnancy, susah yang amat saya melalui segalanya, namun ALLAH itu maha adil. Di kala saya melahirkan, alhamdulillah, walaupun sakitnya tuhan sahaja yang tahu, namun ALLAh permudahkan prosesnya. Tak tahu bagaimana nk diceritakan bagaimana mudah melahirkan, tp pada tahap penerimaan saya, itu adalah kesyukuran yang amat besar dipanjatkan ke hadrat ALLAH SWT. 

Walaupun saya tak berhenti mengeluh, namun jauh disudut hati saya bersyukur, kerana segala rezeki yg ALLAH berikan kepada saya. ALHAMDULILLAH.

Nota kaki entri ini : Moga kelahiran kali ini juga dipermudahkan oleh ALLAH SWT prosesnya.

2 comments:

..:::L.ov.E cHanTek:::.. said...

btl3 tu.. kalo laa mal pon tiada daily sicknss, tiap taun peknen pon xpe.. tu yg tkt nak peknen lg, sicknss yg hebat sungguh sampai loglai.. sampai amik kptsn benti keje je snng.. xlrat nak ponteng lg.. hahahahahhahahaha

adik said...

melawat blog kakakku... x leh nak tumpu pada pembelajaran so solusinya ialah tawaf blog dalam dunia.... angah banyak dosa gugur... dengki ah... (^_^)