Tuesday, June 29, 2010

Dari Jauh Ku Pohon Maaf

Salam semua... Lama betul rasanya saya tak mengupdate ini blog. Dan tujuan saya menaip sepatah dua kata hari ini memang semata-mata bertujuan memohon maaf kerana kesunyian yang telah saya biarkan sekian lama di blog ini. 

Dan hari ini juga saya tidak berniat untuk berjanji akan mengupdate selalu kerana apabila saya mencongak secara sekilas di otak kiri yang akhir-akhir ini sangat lembap loadingnya, saya dapati saya akan terus idle begini mungkin dalam sepurnama lagi lamanya.

Inilah saya apabila melayan morning sickness di awal pregnancy. Sedikit daya pun tiada untuk menolak saya melakukan sebarang kerja. Semua yang saya lakukan hanyalah di atas permintaan. Jika tiada permintaan maka tiadalah pengeluaran. Huhhhh, pemalas sungguh saya.. Saya tahu, saya tak boleh layan. Saya dah cuba sedaya upaya saya. tp susah betul nk cari momentum yg dah la berhenti disini....

Nota untuk gambar yang diambil di alhammasiyy.wordpress.com : Percaya lah, saya lebih teruk lagi dari gambaran di atas... Hurmmmmmm....

Maka dengan itu, saya  betul memohon seribu kemaafan dari semua. Saya sedang menambaik diri saya sepenuhnya. Hari ini sepertinya ada sedikit peningkatan. Lihatla esok bagaimana... Doakan saya berjaya ya. Walaubagaimanapun, dari kejauhan ini saya sekali lagi seikhlasnya memohon maaf diatas kemalasan diri saya ini. Akan saya merajinkan lagi diri saya.

Nota kaki entri pemalas ini : Saya bahagia apabila saya mengandung, namun saya serabut apabila melihat kemalasan sendiri yang jelas didalam cermin. Bagaimana tu?? Cukup la kut dua anak???? ('',)

3 comments:

adik said...

mana cukup... paling kurang cukup korum main futsal... haha

eliyazz said...

itu cabaran seorg ibu...sahut cabaran dengan hati terbuka..cayok!!

adik said...

aja2 fighting!!!

Me, Kids and World Scarves Problems

Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...