I love this man very much.... Thanks to god, segala ketentuanMU sememangnya ader keindahan dipengkahirannya... ALLAH MAHA MENGASIHI LAGI MAHA MENYAYANGI. Segala rasa sayang dan kasih datangnya dari DIA, dan hanya kasih dan sayang untukNYA yang abadi...
Kenapa aku mulakan entry kali ni dgn ayat yg penuh kesedaran? Satu benda yang aku rasa best nk share sesamer.. Walaupun kalau tak der org bc at least, nanti bila dah lamer aku buka baca blk blh ianya jadi reminder utk diri aku...
Diri sendiri yg aku kenal bersikap sangat penyayang, sangat sensitif, juga romantik walupun aku ni senanya sangat sirius, sangat tegas, dan sangat garang. Bila aku start sayang orang, aku akan buat segalanya untuk dia.. Bukan nk tunjuk aku ni baik atau aper2... Cuma aku rasa happy sesangat bila org yg aku sayang hepi.
Aku akan bagi org yg aku sayang bunga bebila aku rasa nk bagi. Aku pastikan aku cium org yg aku sayang at least 5 kali sehari. Bila aku jalan2 n jumpa smth yg interesting utk hadiahkan pdanya aku akan beli, tak kisah murah atau mahal asalkan ader makna.
Aku akan menangis macam nk gila bila aku pikir camaner kalau satu hari nanti org yang aku sayang tu takder. Tu baru pikir.. Aku blh nangis satu mlm tanpa henti tau, Gila punya ekstrem sayang aku kan. Tapi aku memg camtu... Sangat senang mengalirkan air mata bila kenangkan org yg aku sayang... Tgk tv pun blh nangis kalau benda tu aku kaitkan dgn org yang aku sayang... Tp kata kawan2 aku memg pelakon air mata, kucing aku mati pun aku nangis, tgk citer melayu pun aku nangis... Tp hati aku memg mcm tu, aku memg sayangkan org sebegitu.
Begitulah kasih sayang aku terhadap suami aku... tak tahu bagaimana cara terbaik blh aku gambarkan betapa aku sayangkan dia. Dia lelaki pertama aku rasa yg blh jaga aku dgn baik... Sangat bertolak ansur, sangat manjakan aku, menerima aku seadanya dan aku tahu dia sangat sayangkan aku. Suamiku bukan la seorang yg pandai luahkan rasa hati dan perasaan. Dia lebih senang diam dari kata "I Love U" kat aku, lebih suka aku cium dia, dari dia cium aku, tak pndai kasi hadiah, tak romantik. Dia sangat serious orgnya... Tp itulah lelaki yg amat aku sayangi, yg aku rasa hidup bersamanya adalah satu rahmat tak terhingga dari ALLAH untukku. Walaupun byk beban yg harus kutanggung namun, cukup la dengan adanya dia di sebelah maka akan ku usahakan atasi segala beban yg ada. Itupun dengan izin ALLAH yg maha kuasa... Insyaallah.
Pernah satu ketika aku aku menangis dihadapan suamiku kerana aku sayangkan dia... Tp dia tak pujuk aku malahan marah aku ketika itu (tak romantik kan dia??). Aku masih ingat perbualan kami ketika itu...
"Abg, syg sayang abg sangat2. Tak tahu la macam mana kehidupan syg kalau abg takder. Segalanya tak bermakna tanpa abg.."
"Subhanallah syg. Aper yg syg mengarut ni. Ingat tuhan syg. Sayang sampai menangis teresak2 ni kenapa? Itu dah bukan sayang, tp mcm menangisi takdir ALLAH"
"Abg takkan paham. Abg bukan syg sayang pun. Nk ckp syg pun susah.Abg bukan kesah pun kalau syg tak der. Dalam list abg, syg ni ntah no berapa. Ntah2 tak der pun lam list kepentingan abg tu"
"Syg, tak semestinya tak ckp tak sayang. List2 aper pulak ni... Kat mana2 pun sayang no 1 (tu ayat std dia la tu)"
"Malas la layan abg, biar syg nangis sorg2, abg pegi jauh2, syg tak mau kawan abg"
Bila dah macam ni, baru la suami aku akan pujuk aku.. TP bukan la dgn kate2 romantik sebaliknya sgn ayatnya yg akan buat aku senyap dan tak leh jawab aper2 dah. That's why I love him so muchhhh...
"Syg, abg tau syg memg sayangkan abg. Tp syg kena ingat segala kasih syg tu datangnya dari ALLAH s.w.t. Mcm mana pun kita sayangkan seseorg, kasih syg itu tak blh kita samakan dgn kasih syg abadi utk ALLAH yg maha kuasa. syg menangis mcm ni, mcm syg dah lupakan tuhan. Kalau aper2 jadi nanti abg risau, syg tak der pegangan. Lupa ALLAH yg satu. Tak jumpa jalan kembali, kerana jalan kembali itu hanya akan dtg dengan cara kita mengingati ALLAH yg Esa... Kalau la begini sikap syg, ini dah kira syg taksub dgn kasih sayang syg jer, syg dah lupakan tuhan. Berdosa syg..."
Ape lagi yg blh aku katakan bila begini jawapan suamiku.... hanya yg mampu aku buat, aku hampiri dirinya, n continue crying on his shoulder... Aku memg sygkan dia sgt2, tp aku kena ingat tak ader yg kekal di dunia ini... Dan aku terus menangis.... Jgn harap aku blh benti nangis selagi aku tak rasional kan pikiran aku... Namun kini aku sedar, segalanya pun kurniaan yg Esa.. Alhamdulillah.... ALLAHUAKBAR...
Dan sehingga kini aku tetap menangis atas sbb2 sebegitu, namun yg berbeza kini aku sedar bahawa ALLAH itu maha berkuasa atas hambaNYA...