Thursday, September 29, 2011

Its Wednesday.. But its with sentences...


Nota untuk gambar : It's a lovely breakfast box from my sister. Tacing.. Tacing.. Tacing giler. Walaupun ai ni kakak yang garang n bila marah suka cakap yang bukan2, still dapat breakfast comey ni dari dia...
Adikkk... Adik tahu kan, tanpa breakfast box ni pun angoh sayanggg adik sangat sangat sangat...


Tuesday, September 27, 2011

Dua bujangku...

Ntah kenapa, dua hari ni rasa macam nak cerita pasal anak2 pulak... Hurmmm, itu pun penyeri hidup seharianku...

Semalam saya berusaha gigih menyiapkan blueberry cheesecake dengan anak2 bujang saya, fatih and faris... Apa saya buat dia mesti nk satu, apa saya rasa dia pun nk rasa... end up, dia yang jadi juri segala masakan saya. Adik dia pulak, bila tengok abg sibuk rasa dia pun sama la sibuk kan... Atas keperihatinan fatih dan faris yang sibuk nk jadi juri masakan saya la, maka saya terfikir entri ini...

Nota untuk gambar : Konon tolong ummi jaga adik.. Tapi dia sibuk ajak adik tolong ummi kat dapur. 

Apa sebenarnya saya nk cerita pasal fatih???
Saya sebenarnya nak share rasa terharu saya dengan kelakuan / perangai ahmad fatih yang sangat tahu menghargai.. Kenapa saya cakap macam tu? Saya kasi contoh jer la, nk buat karangan nanti panjang pulak.

Contoh 1 : Ayah suap nasi pada dia... Dan selepas setiap suapan dia akan kata ...

Fatih : Terima kasih ayah....

Contoh 2 : Dia sibuk nak rasa apa yang saya masak.. Kemudian saya tanya, "Sedap tak?"

Fatih : Sedap. Terima kasih ummi...


Contoh 3 : Bila dia nk nenen dia akan kata (Ini bila dia good mood la)

Fatih : Ummi, fatih nk nenen boleh?
Ummi : Kejap boleh, ummi kasi adik dulu.
Fatih : Boleh, terima kasih ummi.

Tapi kalau time badmood :  Fatih nk nenen la ummi. Nak jugak...

Cukup la kut tiga contoh, banyak2 nanti tak abes nk khatam... Hehehehe, tp sesungguhnya dengan setiap terima kasih yang keluar dari mulut dia, saya sangat bahagia...

Ahmad faris pula? Ada yag menarik kerr?
Entri sebelum ni kalau ada yang perasan saya kata faris ni demam pun tidak. Tp sebenarnya faris ni ada satu penyakit lain yang sangat merisaukan saya...

SOY ALLERGY.


Bunyi macam allergik biasa jer. Tp masa first time dia kena, abes merah n bengkak satu muka dia. Itu takper, insyaallah saya blh handle, sbb fatih dulu pun mcm tu. Tp apa yang sangat merisaukan saya adalah, dia akan restless and hard to breathe.Dan masa first time dia kena tu jugak, sampai kuning dah faris ni satu badan...

So, bila ke hospital, doktor sahkan itu SOY ALLERGY dan memang itu la akan jadi apabila baby tersebut consumed smth yang ada soya. So, hampir seme makanan baby ada kandungan soya. Jadi ahmad faris ni, sangat cerewet pasal makan. Dia hanya boleh makan makanan yang saya masak jer, makanan segera saya sendiri was was nk kasi... Makanan segera baby yang ada kat pasaran almost 80-90% ada soya...

Macam mana n bila SOY ALLERGY ni akan diatasi???
Macam mana tu kena trial and error.. Bila itu juga kena trial and error. But it'll goes, just the matter of time and i've to do trial and error selalu.. Which is, buat saya fikir seribu kali nk buat... Sanggup ker tengok buah hati pengarang jantung saya tu sakit? Adooiiiii, lotih den mikir...

So kesimpulan nya untuk ahmad faris ni adalah, dia tak boleh makan blueberry cheesecake semalam, sebab apa? Sebab dalam cheese ada kandungan soya yang tinggi. Sangat tinggi actually.. Kesian kan???

Nota kaki entri ini : Melihat anak-anak membesar dengan pelbagai kerenah itu sangat membahagiakan...

Monday, September 26, 2011

AHMAD FARIS ASRI

Sebetulnya, saya tak pernah buat entri untuk ahmad faris ni kan... Hari-hari duk pikir, "kena buat nih, at least satu"... Bukan apa, takut nanti bila dia dh besar n tahu baca belog mak dia, dia kata mak dia tak sayang dia lak... Hehehehe, hurmmmm, bebudak sekarang ni tak leh nk predict pemikiran dia...

Ok la, lets start.. Tak kenal lagi kan ahmad faris saya yang hemsem tuh... Ok, mari mari mari, saya introduce...

Nota untuk gambar : Tengok kaki kecik dia sure la comel... Hehehe... Sajer bagi good impression dulu... But dont ever judge ahmad faris by his feet..
Ahmad faris ni sebenarnya adalah seorang anak dan adik yang  SANGAT baik.. Susah nk merengek walaupun sakit. Kekadang saya pun tak sedar dia tak sihat. Redha jer aper abg dia buat kat dia. Kalau dia menangis tu maksudnya dah sakit sangat la tu...

Ahmad faris ni seorang yang sentiasa mengalah dengan abg dia. Kecik2 pun dh nampak tau.. Dia kalau nampak abg dia nk manja ngan umminya, dia pandai cari keje sendiri untuk bagi abg dia manja2... Tapi jangan berlebey ok, kalau tak nanti dia tarik rambut abg dia...

Ahmad faris ni kalau tengok saya sibuk n dia merengek lapar susu, pastu saya kata tunggu jap, dia akan diam and buat keje lain sampai saya bagi susu... Betul2 memahami walaupun masih kecik.

Ahmad faris ni cepat dalam segala hal, 2 bulan lebih dah boleh meniarap, masuk 4 bulan dah boleh merangkak, and now dah masuk lapan bulan, dah sibuk memanjat sana sini and dah boleh berjalan sambil berpegang pada sofa, coffe table, dinding and apa2 yang ada disekeliling... And senyap2, dia dh boleh seme ni, tak pernah merengek tak pernah demam...

Namun begitu, walupun dia baik dan mengalah, dia lah anak yag aktif nya tak tekejar, lajunya tak tercapai, tapi senyap sorang dia jer... Sedar2 seme dia dh boleh buat... And dia sebenarnya, sangat la manja dengan caranya yang tersendiri...

So, proudly present, AHMAD FARIS ASRI...

Nota untuk gambar : Ini gambar yang paling seksi dia ada... Itu pun maksu yang amikkan..
Nota kaki entri ini : Faris, UMMI SAYANG FARIS SANGAT-SANGAT tau...

Tiap kali cerita pasal anak-anak, air mata saya pasti mengalir....

Wednesday, September 07, 2011

Nek ma


Nek ma with cucu cucu tersayang...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 06, 2011

Nota buat diriku

Assalamualaikum wbt,

Ingin ku tulis nota buat diri sendiri, agar suatu masa nanti dapat ku singkap masa-masa silam dalam fasa kehidupanku. Dalam setiap fasa, ibarat sebuah persinggahan di sebuah pelabuhan. Kadangkala indah, damai berlagu riang, kadangkala bising dengan hiruk pikuk kehidupan, kadangkala jua kosong tanpa sebarang pengertian…



Namun itulah sebuah perjalanan, turun naik suatu kehidupan. Tiada yang lebih hebat merancang selain yang MAHA ESA. Namun kita sebagai hambaNYA sentiasa harus bersyukur, sentiasa juga harus bersedia, sentiasa menerima dengan redha, kerana setiap yang berlaku telah ditentukan, dan sesungguhnya apa sahaja yang DIA kurniakan telah DIA ketahui bahawa kita mampu mengharunginya…



Cuma..

Cuma yang membezakan bagaimana kita mengatasi, bagaimana kita menguruskan setiap dugaan yang datang. Itu jua penilaian yang dibuat olehNYA. Itu juga pemarkahan yang dicatit oleh hulubalangNYA. Berjayakah kita di akhir perjalanan itu? Atau mungkin kegagalan yang kita pilih? Mengapa harus dipilih sebuah kedukaan di pengakhirannya?



Yang pasti, kita punya pilihan yang lebih baik. Pilihan yang kita sendiri telah maklum jalan serta liku-likunya. Itulah sebuah kehidupan, dimana kita dihidangkan dengan pelbagai pilihan. Pilihan yang kadagkala, malah selalu, mengaburkan penglihatan mata hati kita.



Walau apa jua yang kita huraikan, pastinya penghuraian yang terbaik adalah dari yang MAHA ESA. Carilah kerana semuanya ada, tinggal usaha yang menentukan kejayaan sesebuah pencarian… Moga kita semua ditempatkan di dalam golongan yang diberkati dan dicucuri rahmatNYA.



Nota kaki entri ini : Nota ini kutulis agar suatu masa ia menjadi peringatan buat diri ini bahawa landasan yang disediakan telah jauh kutinggalkan.

Monday, September 05, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Nota untuk gambar : Raya terindah di hatiku...

Tiada kata yang ingin kuucapkan kecuali :

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang membaca dan mengenali. Seribu kemaafan kupohon andai ada kelakuan, perkataan serta gurauan yang berkesan dihati. Halalkan jua atas segala yang diberi atau termakan.

Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga...

Nota kaki entri hari raya ini : Banyak yang ingin kuceritakan... namun mcm biasa, masih dalam perancangan.. Ampun yaaaa, panjang betul perancangan saya.

Me, Kids and World Scarves Problems

Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...