Nota untuk gambar : Ini waktunya dia masih nak dengar cakap ummi. tapi sekarang "Ummi percaya la fatih cakap" kata dia.. |
Tak tahan dek kesakitan dia me"wrestling" saya maka, terus saya cubit lengan dia, lalu :
Fatih : Naper ummi cubit fatih ni?
Ummi : Naper fatih buat ummi macam tu? Sakit tau!
Fatih : Naper ummi cubit, sakit la abg!
Hohoho!!!
Example 2 :
Dek kerana terlau marah melihat dia membuli adiknya, lalu saya pun mula la berleter :
Ummi : Abgggg, jangan la buat adik, kesian adik. Sakit adik tau. Blablablablaa....
Fatih : Ya la CIK UMMI..
Bolehhh??? Adoiiii laaaaa...
Example 3 :
Melihat dia tergaru-garu lengannya, maka saya pun memanggil dia dan melihat tangannya.
Ummi : Abg gatal ya? Allergik ni. Nanti kita sapu ubat.
fatih : Ya la ummi, abg gatal, SIANNNNN abg...
Walau kecik, namunnnn, bab berlebih2 memang terror..
Example 4 :
Baru-baru ni, saya main kejar2 dengan dia dan adiknya. Tiba2 lepas main dia terbatuk2 tak henti. nampak macam tak boleh bernafas dengan selesa. Saya dh kelam kabut. Semua pun dah kelam kabut. Dalam kelam kabut itu...
Ummi : Abg ok tak?
Fatih : OK
Ummi : Kita pegi klinik la
Fatih : Ya la ummi, kita pegi klinik jom
Adoiii, kalau tak sebab dia memang nampak tak larat, memang saya tak bawa dia ke klinik. Boleh pulak kan, dalam keadaan tak sihat tu dia bersetuju dengan cadangan ke klinik tuh.
__________________________________________________________________________
Itu la Ahmad Fatih. Mulutnya ya ALLAH, petah betul bab berbicara.... Tapi paling saya terharu adalah dia paling suka cakap terima kasih. Dalam segala hal. Asal kita membantu dia, terima kasih pasti tak lepas dari mulut dia... Even yang terbaru, ucapan terima kasih yang lengkap dia ucapkan kat saya ..
Fatih : Terima kasih ummi tolong buangkan sayur terlekat kat gigi fatih.
With that thanks, i think all my madness towards him will be fly away in the air... What else do i hope from a 3yr kids like him. That will be very good for me. ALHAMDULILLAH... Syukur di atas segala rahmat kurniaan ALLAH SWT...
Nota kaki : Hurmmmm, kesinambungan dari kepetahan ini, kelihatan seperti pemerhati setia fatih juga bakal jadi aktif seperti abangya... Apa sahaja yag abg dia buat, kejap jer dia dah pandai buat. Sekarang dia dah pandai sabotaj abg dia tengok kartun. Diam2 dia pegi tutup tv and berdiri depan tv supaya tak der sesaper boleh buka balik... Saper mentor dia??? ABANGGG!!!!
Nota untuk gambar : Itu waktu giginya dua, cuma tau senyum. Sekarang, dah expert tunjuk perasaan dengan tangisan tipu bila orang kacau property dia.. Kelassss kan??? |