Thursday, September 07, 2006

SICK

I'm sick...

Totally sick, about a month, continuous, fever, flu, stomachache, allergic n now my so call "gigi bongsu" is on the way to rise....


Huaaaaaa... banyak nyer dosa aku, alhamdulillah tuhan kasi sakit. tapi Ya Allah sakit nyer tak terkira, dan yang paling aku tak tahan sakit gigi ni la... sakit ooooo... menangis aku malam2 tahan sakit walaupun dah makan painkiller... Sampai tertido.. Pastu tersedar balik bila kesan tu abes.. it was 4 in the morning, n i cant even cont my sleep till morning.. how cruel my youngest teeth is..


My friend call yesterday telling me to put some serbuk coffee/nes on the gusi n then buat bodoh. I've tried n it works.. But, i've to repeat it for a several times. Waaaaaaa... Pahit maaa, how can i act as it is not there in my mouth... i can feel it, tak sedap langsung. I tell my friend and he says


"who told u the taste will be sweet?
oooo... thats y they put some sugar when they make it,
bcoz its sweet lah?"


kena marah, dah la sakit gigi...

Watever...
The coffee/nes things work, but u've to do it for a several time. Do i
t la kalau skit sangat.. asik mengeluh jer... hehehehehe... ok lorrrr... nk cakap tu jer.. sakit maaaa... but suddenly i got a message,


"eh u've to do one more things, if not the sakit will getting worse"

oh no.. there is "next". Then wats next.. Luckily it was smth that i like to do... It was

"Go makan, cari air kelapa.. swish it in ur mouth...
n dont ever forget to repeat it tomorrow"


no problem... ok la coffee/nes + air kelapa...

*yang air kelapa tu belum try, tak jumpa semalam...tgk la ari ni... kalau kat kampung, amik sabit kait sendiri jer kat pokok... sure smlm lagi dah ader air kelapa...

Friday, September 01, 2006

kEMeRDekAaN

mmmmm... it's friday... penghulu segala hari memulakan hari pertama bulan september... seribu rahmat dari Yang Esa... :) mmmm.. Alhamdulillah, aku masih disini sehingga ke hari ini.. menyedut udara yang sama, berjalan di bumi yang rata, menikmati keindahan yang serata. mensyukuri nikmat yg tak terkira...

Betapa indah nyer ciptaan tuhan, tanpa sebarang kecacatan, tanpa sebarang kekurangan, dengan seribu kelebihan, dengan jutaan keinsafan...
Di situ la maka lahirnya kemerdekaan.. kemerdekaan juga kurnian ilahi. Ciptanya untuk kita supaya kita boleh beribadat dangannya, menginsafi kejadiannya, mensyukuri nikmatnya, sujud kepadanya tanda terima kasih atas segala keamanan yg diberikannya... Itulah kemerdekaan yang hakiki, menikmati segala yg pasti, menghargai segala yang terjadi.

Menghargai pengorbanan nenek moyang kita dalam mengusahakan bumi seaman ini untuk kita diami, semaju ini untuk kita nikmati, seindah ini untuk kita hargai. Pengorbanan yang pastinya berjaya atas bantuan yang Esa, pengorbanan yang pastinya berkesan dihati seluruh umat di malaysia, pengorbanan yang pastinya diingati sehingga ke akhir usia setiap generasi bangsa, pengorbanan yang pastinya memberikan kita nikmat kepada generasi selepas merdeka...

Indah sungguh bumi malaysia hari ini... Dihias indah dengan bangunan setinggi mencecah awan, dipenuhi manusia pelbagai kelakuan, diwarnakan tanaman pelbagai gaya rekaan.... namun sedarkah kita akan semua keistimewaan, berkelakuan kah kita seperti insan merdeka, yg penting merdeka kah kita seperti yg diwar-warkan, merdekakah kita seperti yang diiktirafkan????

Tiada kata seindah bahasa yang dapat digambarkan... Terlalu banyak kemajuan jua menghasilkan pelbagai kepahaman. Terlalu sukar untuk kita sampaikan, apakah erti kemerdekaan yang sebenar... Semua insan terasa merdeka, tetapi merdekakah kita, sedang minda masih dijajahi, sedang kelakuan masih mengikuti, sedang kepalsuan masih mengelilingi..

Me, Kids and World Scarves Problems

Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...