Showing posts with label Susu Susu Susu. Show all posts
Showing posts with label Susu Susu Susu. Show all posts

Monday, December 16, 2013

Breastfeeding Part 3... The Journey

Sebut pasal "Journey" ni, dah jauh sebenarnya perjalanan aku sebagai seorang ibu yang bekerja dan menyusu. Insyaallah, dipanjangkan umur serta dikurniakan kesihatan oleh ALLAH SWT, akan genap 5 tahun aku menyusu pada 26 Feb 2014 ni. Tanpa henti tau... Sama umur ngan ahmad fatih la. Alhamdulillah... murah rezeki kami sekeluarga.

Yaaaa.. tanpa henti aku menyusu bermula dari ahmad fatih dilahirkan sampai la sekarang. Yaaaa, walau mengandung aku tetap menyusu. Aku pernah cerita sebelum ni kat sini. Macam2 dah jadi sepanjang hampir 5 tahun ni... Teringat bagaimana aku bermula sebagai seorang yg innocent... hahahaha.. innocentnya.. sampai la sekarang, aku kira aku dah jatuh kategori senior kut.

Walau senior, tak bermakna aku dah master dalam bab2 menyusu ni, tp boleh la kalau aku nk share sket2.. Aku pun masih belajar.. Buktinya, pamplet yang aku dapat masa memula aku belajar menyusu dulu sampai sekarang aku masih simpan. ader melekat kat peti ais tu... kalau ahmad fatih kacau, sanggup aku kejar dia satu rumah... sayang tuuuu...

 


Hospital yang bagi aku... Banyak info kat pamplet yg satu ni.

Eh... jap... tajuk tadi the journey kan? ok back to niat asal aku bila aku taip "the journey" tadi.Sebenarnya aku nk share pasal scheduling of pumping...

Sepanjang tempoh aku menyusu ni satu yang aku maintain dari dulu sampai skrg adalah schedule aku mengepam. Sangat penting ya ibu2 sekalian. Kenapa korang tanyer? Yer la, bila kita mengepam ni, satu cara utk pastikan hasil pengepaman kita sama jer sepanjang masa adalah dengan memastikan schedule pengepaman kita adalah sama setiap hari. kalau tak sama pun, hampir sama la...

eh, tak boleh nk menten?
keje tak tentu masa?
kena outstation, tak boleh nk cari masa mengepam?
eh, eh, eh eh... alaaaaaa... x boleh la...

ok. itu semua alasan.
Meh nk tanyer...
Sesibuk mana pun korang keje ada x sampai tak lunch?
ataupun sampai tak blh rehat petang kalau kursus tu?
Eh, tak boleh lunch? takder rehat petang??
ish ish ish... zalimnya bos korang...
heheheheh.. aku tau bunyinya sangat sarkastik.

Sebenarnya, yang nk aku gambarkan adalah masa boleh dicari.
Ini schedule aku dari dulu sampai sekarang...

Session 1
5.30am 
Bangun2 tido pagi, terus aku pam...
dapat la dalam 6-10oz.

Session 2
12.30pm - 2.30pm
Most of the time aku akan pam time lunch... tapi kekadang cepat sket, kekadang lambat sket, tp dalam jangka masa tu la..
time ni dapat la dalam 10 - 16oz.

Session 3
5.00pm - 7.00pm
ini biasanya sebelum aku balik keje la.. kalau ader kursus lepas abes sesi petang aku pam la...
dpat la dalam 6-10oz juga...

Session 4
11.00pm - 12.00pm
ini biasanya abes sesi malam... kalau kursus la...
dapat dalam 6-8oz

Session 1 sampai 3 tu aku buat kalau aku keje macam biasa dan takder apa2 kursus atau outstation. Takder la session 4, sebab bila sampai umah jer, hero2 aku kompom gayut tak ingat.
Session 1 sampai 4 tu aku buat kalau aku kursus sampai malam atau kena outstation la kan. 
Each session aku akan normally pam 10minit. Paling lama adalah 15 minit. Which is sgt jarang. 

Alhamdulillah, setakat ni macam tu la jadual pengepaman aku, dan aku berjaya menyusu 2 anak aku sampai 2 tahun.. In fact ahmad fatih sampai 3 tahun setengah, and ahmad faris sekarang 2 tahun 11 bulan, masih lagi meyusu share dgn ahmad farid yang 3 bulan.

Alhamdulillah... murah rezeki mereka dapat menyusu susu ibu.

Owwhhhh ya... aku bernasib baik sebab aku keje gomen. Jadi time tu blh la aku arrange sket2. Namun tak seme la senang bagai yang dirancang. Keje aku ni byk outstation, wajib la sekali sebulan. kekadang sebulan 3 kali pun ada. And sekali outstation wajib 5 hari waktu bekerja. Dan ada sampai ke sabah pun. Dengan semua halangan tu serta mengamalkan jadual macam di atas aku masih dapat menyusukan anak sampai 2 tahun, serta dapat mengepam dan mengekalkan production susu.

Alhamdulillah, aku bukan nk riak, tapi aku sangat bersyukur. Sebab aku tahu seme yang terjadi adalah rezeki dari Allah untuk aku dan keluarga. Tapi aper pun, rezeki tak datang terpijak. Semua kena usaha. Dan Allah dah janjikan, setiap yang berusaha akan pasti dapat hasilnya...

Petua aku? Aku tak der mengamalkan apa petua.. cuma yang aku sentiasa pastikan :
1. Walau macam mana sibuk atau letih atau malas pun aku, schedule kat atas tu wajib ikut.
2. Walau jauh mana atau lama mana pun aku pegi, aku akan doa pada Allah, susu aku ada untuk anak2 aku. Jangan kurang walau terpisah 5 hari.
3. Pemakanan kena jaga juga la... aku banyak minum air masak. 2L sehari memang kompom. Biasanya lebih. And kalau mood nk diet datang, sehari aku wajibkan juga amik nasi sekali. Kalau menyusu insyaallah korang akan automatic kurus walau tak diet. Jangan bimbang kay.
4. Apa lagi ek... Aku pun tak tau... setakat ni itu jer aku rasa... aku tak amik any supplement. Dulu masa memula menyusukan ahmad aftih, ada gak la cuba, tp aku ni kalau bab supplement memang fail...
5. Aku ingat yg paling penting, adalah doa kepada ALLAH SWT. Walau macam mana usaha kalau korang tak minta dan Yakin  pada Yang Kuasa, maka usaha pun entah kemana.. tapi doa harus disusuli usaha yang berterusan ek.. Aku bukan sempurna, bukan juga ustazah, tapi aku share apa yang aku buat... 

Nota kaki entri ini : Aku penah mengepam sambil drive. Puncanya bukan la sebab terlalu sibuk, Tapi aku terlalu malas nk pam. Tapi bila masuk kete aku rasa rugi kalau tak pam, so aku pam la juga sambil drive. Aku yang cari susah kan... hihihihi

Thursday, February 02, 2012

Hasil kerja-kerja mengepam...

Hihihi...

Bunyi macam aper ek bila first time baca tajuk tu? Ntah. Saya pun tak tahu. Tapi tajuk tu macam pelik. Nak letak tajuk lain macam malas nk pikir dah.

Tapi tujuan sebenar entry ini adalah berkaitan dengan pertanyaan seorang rakan baik baru-baru ini berkaitan saiz fridge yang igin dibeli bagi meyimpan susu.

So, ai tangkap gambar ni. Tapi tak clear. tapi nk letak gak kat blog ni...

Nota kaki gambar ini : Ni la peti aisnya. Saiz sederhana besar.
Pastu lepas tangkap, terpikir lak bila dia ada tanyer pasal supplement utk banyakkan susu. So, ai dengan ikhlasnya mencadangkan dia mkn secukupnya. I mean cukup zat ikut piramid makanan tu. Tak perlu tambah lain2 makanan pun. Bukan aper, tapi banyak juga yang dah ai cuba tapi hasilnya macam lebih kurang jer bila ai makan secukupnya...

Untuk memantapkan fakta ai kat atas maka ai pun snap satu kali gambar stok susu yangai ader... So, ini dia..


Nota untuk gambar ini : Lebih kurang 4 bulan stok. Alhamdulillah, rezeki Ahmad Faris
Rahsia untuk ini???

>> Jaga pemakanan. It helps alots on the quantity of milk produced.
>>Jaga schedule of pumping. Jaga means dua perkara :
          1. Mesti istiqomah mengepam and
          2. Mesti timely schedule everyday. Jangan malas2.

Untuk lebih detail, nanti la ai citer lagi. Tapi untuk beginner, i mean untuk ibu2 mithali yang baru nk mulakan menyusu bayi kesayangan kita, jangan malas2. Perlu kuat semangat. Berazam la dari sebelum anda melahirkan. Insyaallah, jika kita betul berniat menyusukan bayi kita, ALLAH akan permudahkan segalanya.
Berkaitan supplement dan sebagainya. Saya tidak menidakkan. Kita perlu berusaha. Tapi setiap perkara ada pro&con.

Nota kaki entri ini : Kata rakan baik saya "Sedih bila kita menyusukan anak dengan susu lembu."
Kata seorang rakan baik lagi "Kalau susu tak der macam mana?"

Friday, June 03, 2011

Breast Feeding Part 2... Menyusu ketika mengandung.

Ingat lagi tak entri saya yg ini. Alaaaaa, yang berkaitan breast feeding tu la.. Hehehehe...

Sedar tak sedar saya dah menyusu 2 tahun 3 bulan 3 hari... errrrr, cam salah jer tu.. kiranya sama ngan umur ahmad fatih la. Non stop, walaupun saya mengandungkan ahmad faris dulu, ahmad fatih tetap menyusu. Dannn sepanjang perjalanan itu, banyak turun naiknya, pelbagai jua komen yang saya terima dari pelbagai jenis orang. Tapi, saya tetap menyusu. Bukan bertujuan nk memanjakan ahmad fatih, atau cuba membuktikan saya boleh, tp saya betul tak sampai hati nk berhenti menyusukan ahmad fatih waktu itu... Saya pernah cuba, tp teresak menangis ahmad fatih... Sayu tahu hati saya sbg seorang ibu...

Nota untuk gambar : Dulu masa saya mula menyusu, puas saya adjust untuk kasi baby selesa ngan positionnya. tapi sekarang, piece of cake jer semua position kat atas tu.. Hahahahaha, tumpang lalu, saya berlagak kejap ya..
(sumber gambar : http://www.apsh.kpjhealth.com.my/Breast-Feeding-Twins-article-4444.html)

Okay, hari ni saya cuma nk share beberapa perkara yang org tanya@tegur@pesan kat saya apabila saya mengandung dan menyusu.. antaranya :

1. Kata orang : Ishhhh, bahaya tahu mengandung pastu menyusu pulak.
Jawab Komen Saya (sebab saya senyum most of the time org tegur saya) : Hurmmm, jawapannya, sila tanya doktor O&G anda, i'm sure, they'll give u the right advice. Apa yang saya tahu, betul merbahaya, sbb bila baby menyusu boleh sebabkan contraction, so blh sebabkan premature birth. Tp kalau anda mempunyai uteres yang kuat, maka anda boleh teruskan menyusu. Insyaallah dengan izin ALLAH, tak der apa2. Tapi ingat, please ask opinion@advice dari orang yang lebih tahu dan sila makan makanan yang berzat mengikut diet yang betul.

2. Kata orang : Uishhh, mengandung pun menyusu? Tak cukup zat baby lam kandungan tu nanti.
Komen saya : Alhamdulillah, dengan kuasa ALLAH ahmad faris dilahirkan sihat walafiat, 3.19kg. 3 months plus dah boleh meniarap... ALHAMDULILLAH.

3. Kata orang : Uishhh, minum darah dah ahmad fatih tu. Cacing nanti.
Komen saya : Alhamdulillah, setakat ni belum lagi dan moga-moga ALLAH lindungi anak2 saya dari segala penyakit2 yang merbahaya tuh...

4. Kata orang : Ni menyusu ni, merbahaya ibu mengandung ni, nanti tak larat nk bawa baby sampai 9 bulan. 
Komen saya : Alhamdulillah, ketika saya mengandung kan ahmad faris, tak banyak kerenah diri saya, selain dari kepenatan. 

Saya bukan nk menggalak sesiapa menyusu ketika mengandung atau nk berlagak kata saya ni boleh buat apa sahaja, cuma saya cuba nk katakan mitos2 tu kadang2 bukanya semuanya betul. Tapi bukan nak kata salah dan mengarut. Orang2 tua ni menasihati berdasarkan pengalaman mereka, jadi tak salah kalau kita dengar apa nasihat diarang. TAk salah juga kalau kita nk ikut. Tetapi, kita juga perlu ingat bahawa semua pun terjadi dengan kuasa yang MAHA ESA. So, setelah berusaha, berserahlah kepadaNYA. Isyaallah, dia akan permudahkan apa yang betul, dan akan berikan petunjuk jika ada yang salah...

Nota kaki entri ini : JIka anda betul bertekad untuk susukan anak2 anda, insyaallah akan dipermudahkan olehNYA.


Wednesday, January 05, 2011

Breast Feeding... Part 1 : Langkah Pertama

Kenapa ya saya tetiba berminat nk buat tajuk pasal breast feed ni ya.. Jawapannya adalah :

1. Semalam saya baca forum kat website MBFPC. Macam2 info ader kat situ... Ader gak cerita pasal motivasi ibu2 yang bekerjaya n nk breast feed. 

2. Saya rasa lately, ibu2 menyusukan anak2 ni dah jadi mcm trend semasa.. Ala-ala tengah femes gila tak hengat macam Dato' Siti umum nk kawen dulu... Hehehehe, langsung tak der kaitan contoh ngan tajuk, tapi saya suka, tak per ek...

3. Saya rasa sekarang seme yg sedang dalam perjalanan untuk membesarkan anak2 sangat bertuah.. Semua info ader, tinggal tekan tekan tekan n tekan, terus la kuar pelbagai info... Aper pun ada... Macam2 ader bak kata tok wan kat astro tuh...

Ok, cukup dengan tiga jawapan tu. Tp wiv that 3 reason, maka terdetik la hatiku ini ingin bercerita tentang bagaimana saya boleh menyusukan anak bujang sulungku itu.. Nk gak saya selitkan cerita bagaimana terkebelakangnya saya berkaitan perkembangan teknologi nih... Hehehehe, pengakuan ikhlas tuh...

Ok begini. Dah banyak kali saya tulis entri, saya akan kata saya ni konvensional. So dalam hal susu menyusu ni pun saya konvensional juga. Sama la ngan hal berinternet n berteknologi bagai ni, pun saya konvensional. Tahu apa yang perlu jer.. jarang nk pikir luar dari kotak selesa saya.. Ok, saya admit, saya dh tua, itu mungkin penyebab utama.

Sejak saya muda belia n belum kawen, saya dah niat nk kasi anak2 saya susu badan. Kenapa korang tanyer saya ader niat tulus mulus begitu? Senang jawapan saya.. Sebab mak saya tak pernah kasi kami adik beradik susu formula, sampai la kami dah besar tp tak ingat sampai umur berapa tahun. Tp memang mak saya breast feed seme anak2. Bila saya tanyer mak. Mak akan jawab, senang n tak payah pikir pasal nk asingkan bajet untuk beli susu formula. Kami kan orang kampung, pemikiran simple jer yang utama mestilah pasal kewangan keluarga...

Masih terbayang mcm mana sibuknya saya bermain tepi kebun yang mak usahakan n sambil berkebun, mak akan susukan adik2 kalau adik2 lapar... Maka, walaupun saya masih bodoh waktu itu, tp bila saya ingat itu semua, maka saya telah tetapkan, mak yang berkebun keluar peluh bagai boleh diminum pun masih boleh susukan kami semua, kenapa tidak saya yg kerja hanya duduk atas kerusi yg boleh sandar sambil tekan2 keyboard tak boleh susukan anak... Simple kan?? 

Maka apabila saya didapati mengandung isu susu menyusu ni bukan la perkara penting yang harus dipikirkan. Dah lama saya decide, buat aper pikir lagi, nanti anak dah kuar kasi jer la susu. Kampung nya saya kan kan kan. Tak pernah nk pikir dah keje nanti, mcm mana nk kasi susu, macam mana nk sedia susu. Niat jer murni puan ros ni, tapi perancangan zero.

Masa berlalu saat berganti saat, minit berganti minit, jam berganti jam, ok skip, bulan berganti bulan, maka cukup la sembilan bulan mengandung. Dan satu kejadian telah berlaku ketika minggu terakhir dan kali terakhir saya buat check up sblm saya deliver... Alhamdulillah, rezeki yg ALLAH bagi pada saya tak pernah putus..

Sedang menunggu giliran utk check up, tetiba dtg sorg perempuan menanyakan berkaitan penyusuan dengan saya. Bermacam soalan yang ditanya, laksana saya ni subjek yg sdg diinterview utk mintak keje sebagai pakar laktasi. Kihkihkih.. Saya lak yg jujur ikhlas dan hanya melayan ngan separuh hati menjawab "tak tahu" untuk hampir 95% daripada soalan yg ditanya... Hasilnya, dia mengeluh dan putus asa dgn saya.. Ingat lagi soalan dia pada saya..

"Puan nk menyusukan anak puan, dan puan bekerja, tp puan tak tahu seme informasi2 ptg berkaitan penyusuan dan ibu yg bekerjaya. Apa yang menyebabkan puan terpikir utk menyusu kan anak?"

Jawab saya mudah "Betul la, saya tak pernah terpikir lak seme tu. Kenapa saya nk susukan anak? Mak saya dulu susukan saya"

Dia cuma senyum, dan saya tahu dia nk sambung lagi leteran dia tika itu, dan tika dan saat itiu juga saya dh malas nk layan dia. Dah la soklan macam2, pastu saya tak tahu nk komplen pulak, kalau nk citer, citer jer la, dah la duduk sebelah saya terus tanya, tujuan itvw pun tak citer kenapa... Sedang asyik masuk saya berpikiran sorg2, dtg la sorang lagi pompuan mendekati dan berbual dgn gadis yg tak abes menyoal saya tadi... Mendengar dari perbualan tadi, tahu la saya yang mereka sedang buat lanjutan itvw hasil dari kursus yang diadakan pada minggu yg sebelumnya.. Dan yang paling best, perempuan yang bertanya pelbagai soklan kat saya td dah itvw salah org.. Hehehehehe..

Saya suka... Tp dia siap boleh tanyer saya kenapa tak cakap yg saya tak join pun kursus tu... Saya pandang dia blk dan sym jer... And dia reply balik dan kata, "Salah saya juga kan puan, langsung tak der intro then terus soal.." Saya senyum dan angguk sahaja.  Maka mungkin kerana telah termalu sendiri perempuan itu pun berkongsi la segala info yang berkaitan dengan soklan2 yang ditanya td pada saya. Almost complete evrth.. 

Dan dari situ juga la, saya tahu byk perkara pasal penyusuan, bagaimana menyusu, bagaimana memerah susu, bagaimana menyimpan susu, berapa lama blh thn, bagaimana memanaskan susu, dan byk2 lagi laaaa... Tp yg boleh saya kata, alhamdulillah cukup la utk saya melaksanakan penyusuan kepada anak saya walaupun saya bekerja... Terima kasih ya puan, maaf sesangat saya lupa nama puan, tapi muka saya ingat... Dan puan pun ingat muka saya kan, siap tegur saya lagi baru2 ni bila kita jumpa lagi time sy cek up.. Siap suruh saya isi borang lagi.. Tp kali ni tak salah orang lagi kan?? Kihkihkih...

Dari situ, puan suruh saya balik n google lagi di internet untuk pelbagai info.. Saya memang bersemangat nk cari, tp malam tu juga saya dah sakit nk bersalin n esok nya saya bersalin. Rezeki ALLAH, walaupun di saat akhir, tp DIA tak pernah lupa dan sangat PEMURAH memberi.. Ingat lagi bila saya mengaku yang saya tak pernah terpikir nk cari di internet pasal seme tu, n puan kata sekarang seme pun ada dihujung jari.. Hehehehe, kan betul, Saya ni memang tak up to date, terkebelakang sungguh pasal perkembangan teknologi ni... Sangat selesa dalam kotak saya sahaja...

Sekarang, anak bujang saya dah nk masuk dua tahun. Alhamdulillah penyusuan saya boleh dikatakan berjaya. Oh ya, sekarang saya dah ada byk info2 pasal breast feed ni.. Seme saya dapat sepanjang melalui perjalanan dua tahun membesarkan anak saya tu.. Ada yg dikongsi org, ada yg diperolehi dari bacaan, ada yg belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman org lain. Apa yang saya boleh kata, saya bertuah, di saat saya masih bertatih dalam perkara ini, ALLAH SWT temukan saya dengan pelbagai org yg bermurah hati kongsikan pengalaman mereka dengan saya.. Dan ikhlasnya, disitulah saya memulakan langkah pertama serta memanjangkan langkah demi langkah hingga ke hari ini, ke saat saya menunggu hari utk deliver anak kedua.

Sehubungan itu (rasa macam nk tulis surat rasmi lak...), ingin saya ajak seme kawan2 sama2 menyusukan anak kita... Byk faedahnya.. Nanti saya kongsi lagi bebila.  Berniat la dari sekarg, kerana segala nya bermula dari niat kita. Usaha pun akan datang dari niat kita. Motivasi diri juga datang dari niat kita.. Susah??? Tak der la.. Mudah jer. Tengok la saya. Bermula dengan tak tahu apa2, tapi berjaya tahu susukan anak saya.. Nanti saya cerita lagi betapa struggle nya saya berusaha menyusukan anak dengan pengetahuan yang cetek dalam dada.. 

Nota kaki entri yg saya rasa sirius ini adalah : Kita Boleh. Yakin dengan diri anda. Kalau Malaysia Boleh, inikan pulak kita... Untuk puan tersebut, terima kasih puan, kerana puan maka saya berjaya mulakan langkah pertama saya.

Angan-angan saya : Saya nk jadi orang yg duk kasi motivasi pasal susu menyusu ni. Tapi mcm mana ek? Berminat la, tp tak der peluang...

Me, Kids and World Scarves Problems

Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...