Dah 3 kali bersalin kan. Tiga kali la juga debarannya sama. Sama kuat sama hebat.
Begitulah sakitnya. Sama jer sakit.
Ramai yang kata... "Dah nk masuk 3 kali ni dah biasa kan?? Ala rilek jer"
Cuba ko rasa tengok. Boleh rilek tak??
ooooo.. korang boleh. Ok fine. Aku tak leh.
Seriously... sakitnya x sama.
In fact yang ke-3 ni adalah pengalaman paling istimewa untuk aku.
Naper istimewa???
Aku sakit kali ni berbeza sket... Sebelum bersalin sakitnya tak seberapa.
Bukan tak sakit. Memang sakit. Mana ada nk bersalin tak sakit. Yer tak?
Cuma kali ni sakitnya aku masih boleh bertahan... Sampai hospital aku boleh rilek pegi mendaftar sendiri.
Dengan lenggang mak limahnya.
Siap tolak offer wheelchair yang nurse tu nk kasi.
Aku : "Eh tak per la, saya boleh jalan lagi ni."
Nurse : "Takper puan, dah sampai hospital ni, boleh jalan ker tak, tetap kena naik wheelchair"
Aku : Baiklah...
Terpaksa redho. Hihiihii..
Sampai labour room. Doktor cek dah terbuka 5cm tau. Masa tu dalam pukul 9.30++ macam tu.
Doktor pulak tgh handle satu kes lagi..
Aku pun rilek la sambil tggu doktor.
Aku : Abang, tolong la sayang bukakan tv tu. Sambil2 tggu ni blh la tgk.
Hubbyku : Tak der remote la syg. Kita borak2 jer la...
Aku : Eh, tak per la. Abg pegi la semayang n makan dulu. Pastu daftar masuk. Sayang ok lagi ni. Nanti nk bersalin abg kena ader sebelah. Baik setelkan seme dulu.
Seriously, walau dah 5cm buka, aku memang boleh rilek sangat. Siap boleh berzikir dgn tenang sambil tggu hubbyku. Kalau yang sebelum-sebelum ni, 2cm aku dah kelam kabut. Sakit gila. Apa pun tak ingat. Langsung tak leh handle.
Jam 10. 45 mcm tu, nurse datang lagi..
Nurse : Mari la nk cek lagi puan. Anak ke tiga biasa cepat.
Aku : Ok
Nurse : Eh, dah 8cm. Saya kena prepare dah ni utk puan bersalin.
Aku : Dr dah siap kat sana??
Nurse : Jangan bimbang puan, nanti puan nk bersalin dia datang.
Aku : Saya nk msg husband saya la, minta dtg sini. Dia pegi daftar tak setel2 lagi dari td.
10 minit mcm tu doktor datang, tengok ECG. Hubbyku pun dah sampai.
Doktor : Contraction tak kuat mana ni. U rasa sakit tak?
aku : Hurmmmm... sakit doktor. Tapi ok lagi ni.
Doktor : Mari saya tgk baper cm dah buka.
......
Doktor : Eh, dah 10cm ni. U sakit tak ni. U dah kena teran ni...
Ini permulaannya. Permulaan kesakitan yang teramat sangat.
Kenapa sakit??
Sakit sebab aku tak rasa sakit tp kena teran.
Seriously abes tenaga.
Sakit memang ada. Cuma bukan sakit yang sebabkan aku boleh meneran dengan jayanya.
Doktor pulak kena cakap. "Ok ros, contraction tu, teran."
Aku pun teran. Memang tak berhasil sebab aku tak rasa contractionnya. Tp tenaga habis.
Banyak kali mcm tu...
Akhirnya, dalam duk kelam kabut nk meneran tu, doktor terpaksa induce aku.
Ya Allah sakitnya baru datang bila dah induce. Sakit sesakit sakitnya... Allah jer yang tau..
Dan alhamdulillah, lepas induce, dua kali teran tak silap aku, baby dah kuar... Alhamdulillah...
Aku dah hampir berputus asa. In fact aku dah siap terlintas di pikiran, kalau last teran ni tak kuar lagi, aku nk mintak operate... Sakit sangat2222 ditambah aku dah takder kudrat nk meneran...
Lepas bersalin, aku tak boleh bangun. Tak macam bersalin yang dua lagi. Aku rilek jer bangun. Masuk jer ward, boleh terus mandi.
Tapi kali ni, nk angkat baby pun tak larat. Tenaga kalau ada meter boleh baca kompom bacaannya 0.
Sahkan nk angkat baby, doktor letak baby yang baru lahir atas badan aku pun aku tak leh nk appreciate...
Dah la dengan kesakitan yg masuk hari esoknya pun x berkurangan, husband pulak tak dapat tggu aku di ward.
Sebabnya ahmad fatih tgh demam kat umah.
In fact masa aku tengah meneran utk kali yang terakhir tu, husband aku pegi angkat tepon.
Ingatkan nk marah lepas baby kuar tu. Sempat lagi kan.. heheheh
Rupanya dia kata, adik aku call. Dari hospital. Suhu fatih 39.5 deg C.
Dah la sakit bersalin blm abes. Sakit risau pulak datang. Allah jer yang tau.
Lepas sihat demam tu, naik pulak mcm chicken pox tu. Bawa ke klinik, rupanya HFMD.
And memang HFMD macam tu. Demam dgn suhu tinggi, then bila sihat baru naik biji2 tu.
Sehari selepasnya baru jangkit pulak kat ahmad faris. Dan ia sememangnya senang berjangkit.
Maka dengan itu, ahmad farid terpaksa ditinggalkan di hosp selama 10 hari, baru bawa blk..
Eh, dah la.. panjang sangat dah ni.. Dah banyak melalut pun.
Dah la sekeping gambar pun tak der... Buhsan!!
Aper pun, itu la pengalaman bersalin paling sakit setakat ini.
Walaubagaimanapun, aku tak pernah serik.
Eh, silap... serik jap masa sakit tu.
Kikikiki..
Tapi sebetulnya kalau Allah masih bagi aku rezeki, aku terima dengan hati terbuka.
Nota kaki entri ini : Setiap kali mengandung lain peelnya... Lahir anak kedunia juga berbeza kerenahnya.. Namun itulah penyeri kehidupan... Itulah harta tak ternilai. Itulah amanah Allah yang perlu dijaga serta dididik dengan sempurna. Alhamdulillah, itulah rezeki tanpa nilai dari Yang Esa. Sesungguhnya kenangan sakit masa bersalin akan hilang bersama kenangan indah waktu membesarkan mereka..
Showing posts with label Sharing is Caring. Show all posts

Friday, December 13, 2013
Tuesday, May 07, 2013
Pneumonia
Kalau boleh aku tak nk cerita lagi pasal benda ni. In fact, nk ingat pun aku takut. Tapi bagus juga kalau aku dapat share, agar kita semua, especially kaum2 ibu boleh la mengambil sedikit pengajaran dan tauladan daripada pengalaman aku ni...
Sesungguhnya, pengakhiran 2012 dan permulaan 2013 adalah satu jangka masa yang sangat tough buat aku... Lets forget about 2012 dulu, yg tu nanti aku cerita..
Dalam bulan januari 2013, to be exact 29 Januari 2013, ahmad fatih telah dimasukkan ke hospital.
Hampir sebulan juga, sehingga 16 Februari 2013.
Malah sempat duduk di PICU sehari.
Sebabnya adalah Pneumonia (paru-paru berair).
Sebenarnya dia dah mula tak sihat dari awal januari.
Sempat warded sehari semalam (8 - 9 januari 2013) pasal cirit birit sehingga dehydrated.
Sempat berulang alik ke hospital 4 atau 5 kali tak silap aku sebab demam dengan suhu yang tinggi.
Suhu yang tinggi tu adalah antara 39 - 41 deg C.
Ada sekali tu sampai menggeletar sebab suhu yang terlalu tinggi.
Selsema..
Batuk..
Selsema ok lepas doktor tukar ubat buat kali pertama.
Tapi batuk memang tak kurang...
Sehingga lah 29 Januari tu aku bawa dia jumpa doktor sebab tengok penafasan dia yang macam tercungap2 dah...
Bila x-tray sebelah paru-paru dia dah dipenuhi air.
Paling ngeri doktor kata mungkin dah ader nanah.
Semiggu di columbia hospital doktor bagi antibiotik jer.
Namun masih begitu, sekejap demam kejap ok.
Batuk ada kurang sket.
Namun kekadang teruk juga.
Pastu doktor kata nk buat ct scan utk tgk apa sebenarnya dalam paru-paru dia.
Dah buat ct scan kena pulak anta film xtray tu ke gleneagles hospt utk sahkan apa sebenarnya.
Bila doktor di Gleneagles kata memang dah ader nanah dia proposed utk transfer fatih ke PPUM...
Kata dia di PPUM ada full team, ader peads respiratory specialist, ader peads surgeon dll peads specialist la...
Di gleneagles pun ader.
Tapi time tu dekat raya cina.
Dia nk cuti panjang.
So tak mau terima case lagi.
Pada 05 Feb 2013, transfer to PPUM, 06 feb 2013 fatih masuk operation room.
Buat chest tube, minor operation jer...
Kata doktor tak sampai sejam. Paling lama pun sejam...
Tapi dua jam aku tunggu kat luar OT, fatih masih tak keluar.
Bila husband tanyer rupa-rupanya, sebelah lagi paru2 fatih tak baper kuat utk support penafasan dia.
So dia perlukan bantuan penafasan dan maka itu perlu dirawat secara rapi di PICU...
Lama sebab tunggu PICU datang amik fatih..
Adoiiiiiiii.. walaupun semua dah kembali ok, tp aku masih sebak bila duk taip balik detik2 ni...
Alhamdulillah, fatih di PICU cuma sehari.
Sempat masuk darah malamnya..
Masuk petang 6 feb keluar petang 7 feb dan di transfer ke wad biasa..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
xder yg lain mampu aku katakan.
Walaupun dah di ward biasa byk juga prosedur lain yang dibuat..
Masukkan uerogynist (sori kalau salah eja) utk cair dan keluarkan nanah dari paru2 thru chest tube yg dipasang.
Masih terus dgn antibiotik, dll...
Alhamdulillah.
Demam pun perlahan-lahan takder...
Batuk pun dah xder..
So, 16 feb tu fatih dah dibenarkan keluar dari hospital.
Tapi waktu tu paru2 dia masih belum clear dari jangkitan virus tu.
Doktor dah set kan appmnt utk aku hadiri.
But now, alhamdulillah, semua pun dah ok.
Yang masih fobia cuma aku.
Pantang fatih batuk sket pun aku dah gelabah.
Tak payah batuk.
Dia bersin pun aku kelam kabut.
Sungguh.
Doktor dah komfemkan dia dah clear dan paru2 dia dah sepenuhnya sihat.
Namun...
Aku masih belum clear dari detik2 yang mencemaskan sepanjang januari dan februari.
Pajang sangat dah cerita aku... so lets wrap up..
Ini yang dapat aku share :
1. Kalau anak batuk2 sampai hampir lebih 2 minggu, baik kita monitor closely. Especially penafasan dia kalau dia tercungap-cungap tu. Bawa la jumpa pakar.
2. Kalau demamnya dengan suhu yang terlalu tinggi, pastu kejap datang kejap pergi, juga perlukan perhatian yang khusus. especially kalau lebih dari seminggu. Jumpa paeds la. Jangan jadi macam aku. Fatih suhuya tinggi time tgh malam. So aku berlari ke hospital bhgn emergency . Jumpa doktor biasa jer. Malam2 mana ader peads yang bertugas. Dia kata seme ok, Cuma demam panas. Aku walau x sedap hati tetap tak bawa fatih jumpa paeds. Aku ingat dua atau tiga kali juga aku ke hospital bhgn emergency tgh2 mlm. Semua doktor tu pun kata ok. tp bila jumpa dr hew pada 29hb jan tu la baru dapat tahu semua. Tapi itu juga mungkin perjalanan dan dugaan utk aku. Cuma aku share utk pengetahuan korang yg membaca.
3. Kalau korang pegi hospital nk melawat saudara mara tak yah la bawak anak2. Especially yang bawah 12 tahun ni. Diarg bukan boleh naik atas pun. Mesti diarang akan main2 kat bawah kan? Macam tu la fatih sebelum dia sakit, dia pun ikut aku melawat atuk aku yg sakit di hospital. Aku kat atas, dia kat bawah main mcm2, guling sana sini, akrobatik tak kira tempat. Aku ingat ni juga antara tempat dia dapat virus tu. Itu cuma analisis yang aku dan suami buat, belum tentu betul, tp aku pikir ader relevannya. Lagipun tak rugi pun x bawa anak2, diarg bukan boleh masuk tgk pesakit pun.
4.Antibiotik. Aku percaya ramai yang tak suka makan antibiotik. Aku pun sama. Tapi aku nk korang tau yang antibiotik sangat penting. Sila habiskan antibiotik yang diberi walaupun korang dah sihat dari penyakit yang korang hidapi. Antibiotik sangat penting dalam membina sistem imunisasi badan utk melawan virus yang menyerang badan kita. Itu yang aku paham. So, kalau korang sihat tak semestinya virus tu dah mati semua. Mungkin masih ada yang duduk diam2 dalam badan kita. So bila kita stop antibiotik, dia pun mula bergerak aktif semula, dan kita pun sakit la balik. Ambil contoh ahmad fatih, dia ambil antibiotik sampai hampir 2 bulan. Eh, dua bulan lebih, march baru stop kut. Itu pun dua tiga kali tukar utk dapatkan antibiotik yang sesuai dengan dia masa kat hospital tu. Selagi tak sesuai selagi tu demam dia tak kebah, batuk dia tak kurang. Pastu walaupun dah discharge dari hospital, doktor terus sambung antibiotik dia. Sampai la xtray tunjuk paru2 dia ok baru doktor stop antibiotik dia. Nampak tak pentingnya antibiotik tu penting. So kalau korang tak mau abeskan atibiotik tu tak per la, tapi utk anak2 tolong la jadi zalim n paksa mereka abeskan. Antibiotik sangat la penting!!! Eh, korang pun kena habeskan juga tau, kalau sakit saper nk jaga suami dan anak2 kita???
Nota kaki entri ini : Fatih sangat kuat ketika dia sakit. Tapi lepas dia sakit dia dah tak nk ke sekolah. Dia pun sibuk nk cuti. Aku mungkin hantar dia tahun depan kut. Itu pun kalau aku tanye dia, dia akan jawab....
Ummi : Abang, tahun depan ummi hantar abg pegi sekolah ya?
Abang : Tak mau. Abang nk cuti!!!

![]() |
| Ni masa dekat columbia hospital. Ini jer gambar masa dia sakit yang aku ader. Masa di PPUM langsung xder. Sebabnya aku tak suka amik gambar orang sakit. Ini pun tak silap aku mak su nya yang amik. |
Pada 05 Feb 2013, transfer to PPUM, 06 feb 2013 fatih masuk operation room.
Buat chest tube, minor operation jer...
Kata doktor tak sampai sejam. Paling lama pun sejam...
Tapi dua jam aku tunggu kat luar OT, fatih masih tak keluar.
Bila husband tanyer rupa-rupanya, sebelah lagi paru2 fatih tak baper kuat utk support penafasan dia.
So dia perlukan bantuan penafasan dan maka itu perlu dirawat secara rapi di PICU...
Lama sebab tunggu PICU datang amik fatih..
Adoiiiiiiii.. walaupun semua dah kembali ok, tp aku masih sebak bila duk taip balik detik2 ni...
Alhamdulillah, fatih di PICU cuma sehari.
Sempat masuk darah malamnya..
Masuk petang 6 feb keluar petang 7 feb dan di transfer ke wad biasa..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
xder yg lain mampu aku katakan.
Walaupun dah di ward biasa byk juga prosedur lain yang dibuat..
Masukkan uerogynist (sori kalau salah eja) utk cair dan keluarkan nanah dari paru2 thru chest tube yg dipasang.
Masih terus dgn antibiotik, dll...
Alhamdulillah.
Demam pun perlahan-lahan takder...
Batuk pun dah xder..
So, 16 feb tu fatih dah dibenarkan keluar dari hospital.
Tapi waktu tu paru2 dia masih belum clear dari jangkitan virus tu.
Doktor dah set kan appmnt utk aku hadiri.
But now, alhamdulillah, semua pun dah ok.
Yang masih fobia cuma aku.
Pantang fatih batuk sket pun aku dah gelabah.
Tak payah batuk.
Dia bersin pun aku kelam kabut.
Sungguh.
Doktor dah komfemkan dia dah clear dan paru2 dia dah sepenuhnya sihat.
Namun...
Aku masih belum clear dari detik2 yang mencemaskan sepanjang januari dan februari.
![]() |
| Ni dia dah sihat sepenuhnya. Gambar ni pun dia yang capture sendiri. Dia memang suka bergambar.. |
Pajang sangat dah cerita aku... so lets wrap up..
Ini yang dapat aku share :
1. Kalau anak batuk2 sampai hampir lebih 2 minggu, baik kita monitor closely. Especially penafasan dia kalau dia tercungap-cungap tu. Bawa la jumpa pakar.
2. Kalau demamnya dengan suhu yang terlalu tinggi, pastu kejap datang kejap pergi, juga perlukan perhatian yang khusus. especially kalau lebih dari seminggu. Jumpa paeds la. Jangan jadi macam aku. Fatih suhuya tinggi time tgh malam. So aku berlari ke hospital bhgn emergency . Jumpa doktor biasa jer. Malam2 mana ader peads yang bertugas. Dia kata seme ok, Cuma demam panas. Aku walau x sedap hati tetap tak bawa fatih jumpa paeds. Aku ingat dua atau tiga kali juga aku ke hospital bhgn emergency tgh2 mlm. Semua doktor tu pun kata ok. tp bila jumpa dr hew pada 29hb jan tu la baru dapat tahu semua. Tapi itu juga mungkin perjalanan dan dugaan utk aku. Cuma aku share utk pengetahuan korang yg membaca.
3. Kalau korang pegi hospital nk melawat saudara mara tak yah la bawak anak2. Especially yang bawah 12 tahun ni. Diarg bukan boleh naik atas pun. Mesti diarang akan main2 kat bawah kan? Macam tu la fatih sebelum dia sakit, dia pun ikut aku melawat atuk aku yg sakit di hospital. Aku kat atas, dia kat bawah main mcm2, guling sana sini, akrobatik tak kira tempat. Aku ingat ni juga antara tempat dia dapat virus tu. Itu cuma analisis yang aku dan suami buat, belum tentu betul, tp aku pikir ader relevannya. Lagipun tak rugi pun x bawa anak2, diarg bukan boleh masuk tgk pesakit pun.
4.Antibiotik. Aku percaya ramai yang tak suka makan antibiotik. Aku pun sama. Tapi aku nk korang tau yang antibiotik sangat penting. Sila habiskan antibiotik yang diberi walaupun korang dah sihat dari penyakit yang korang hidapi. Antibiotik sangat penting dalam membina sistem imunisasi badan utk melawan virus yang menyerang badan kita. Itu yang aku paham. So, kalau korang sihat tak semestinya virus tu dah mati semua. Mungkin masih ada yang duduk diam2 dalam badan kita. So bila kita stop antibiotik, dia pun mula bergerak aktif semula, dan kita pun sakit la balik. Ambil contoh ahmad fatih, dia ambil antibiotik sampai hampir 2 bulan. Eh, dua bulan lebih, march baru stop kut. Itu pun dua tiga kali tukar utk dapatkan antibiotik yang sesuai dengan dia masa kat hospital tu. Selagi tak sesuai selagi tu demam dia tak kebah, batuk dia tak kurang. Pastu walaupun dah discharge dari hospital, doktor terus sambung antibiotik dia. Sampai la xtray tunjuk paru2 dia ok baru doktor stop antibiotik dia. Nampak tak pentingnya antibiotik tu penting. So kalau korang tak mau abeskan atibiotik tu tak per la, tapi utk anak2 tolong la jadi zalim n paksa mereka abeskan. Antibiotik sangat la penting!!! Eh, korang pun kena habeskan juga tau, kalau sakit saper nk jaga suami dan anak2 kita???
Nota kaki entri ini : Fatih sangat kuat ketika dia sakit. Tapi lepas dia sakit dia dah tak nk ke sekolah. Dia pun sibuk nk cuti. Aku mungkin hantar dia tahun depan kut. Itu pun kalau aku tanye dia, dia akan jawab....
Ummi : Abang, tahun depan ummi hantar abg pegi sekolah ya?
Abang : Tak mau. Abang nk cuti!!!
Monday, September 03, 2012
Perkongsian bersama
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
Dah lama sangat membisu, seeloknya dimulakan dengan salam memohon keberkatan yang ESA. :). Inipun takder apa yang nak diupdate...
Cuma sebentar tadi, saya sibuk mengosongkan mailbox email pejabat. Banyak sungguh email yang tak berbaca. Mailbox pun dah penuh melimpah ruah.
Dalam proses mengemaskini serta membaca semua email yang diterima, banyak pula email2 berguna yang boleh dikongsi bersama... Kat opis saya ni memang banyak email2 sebegini dihantar. Untuk perkongsian dan peringatan bersama. maka terdetik la di hati nk dikongsi bersama disini juga...
So, lets roll together, what've been shared by my generous colleague...
Ok, share tiga dulu.. Best kan... Ilmu yang disampaikan melalui poster2 cantik mcm ni...
Nota kaki entri ini : Walaupun sedikit, tapi moga-moga memberi kesan pada diri kita bersama...
Dah lama sangat membisu, seeloknya dimulakan dengan salam memohon keberkatan yang ESA. :). Inipun takder apa yang nak diupdate...
Cuma sebentar tadi, saya sibuk mengosongkan mailbox email pejabat. Banyak sungguh email yang tak berbaca. Mailbox pun dah penuh melimpah ruah.
Dalam proses mengemaskini serta membaca semua email yang diterima, banyak pula email2 berguna yang boleh dikongsi bersama... Kat opis saya ni memang banyak email2 sebegini dihantar. Untuk perkongsian dan peringatan bersama. maka terdetik la di hati nk dikongsi bersama disini juga...
So, lets roll together, what've been shared by my generous colleague...
Wednesday, July 25, 2012
minuman kesihatan ketika berpantang
Begini ceritanya...
Semasa berpantang selepas melahirkan putera keduaku, ahmad faris dulu, saya mengambil orang menjaga saya selama 2 minggu. Tapi tujuan entri ini bukan nk cerita pasal penjagaan tu walaupun memang ketika itu diriku dilayan laksana puteri turun kayangan oleh kak fatimah dari shadira post natal & beauty house.. Hehehehhe... Yang saya nk kongsi disini adalah resepi minuman herba serta air mandian herba yang disediakan oleh kak fatimah yang menjaga saya ketika itu...
dah lama saya nk share tp asik lupa. So, sekarang dah ingat baik terus taip.
Resepi 1 : Air Herba Minum
4 batang kayu manis
21 biji bunga cengkih
1/4 kg halia
2 @ 3 batang serai
1 @ 2 helai daun pandan
Gula melaka - secukup rasa
air secukupnya.
*Saiz periuk nanti ai balik tengok and update esok.
Resepi 2 : Air Herba Mandi
1/2 kg lengkuas
1/2 kg halia
1 cekak serai/serai wangi
Daun limau purut (Ikut suka tapi bersesuaian la dgn air yg nk dibuat)
5 @ 6 batang kulit kayu manis
Daun inai (pun ikut suka)
Daun mengkudu (pun ikut suka)
Daun pandan (sepokok yang ader lebih 8-10 helai)
1 bungkus kecil halba
1 bugkus bunjut rempah dari shadira
Bunga cengkih (ikut suka gak)
Air secukupnya...
*Saiz periuk sama seperti nota diatas
*Yang ikut suka tu, boleh la disi bersesuaian la dgn air yg nk dibuat
*daun mengkudu ngan daun inai tu optional, kalau ader terbaeeekkk, kalau takder masih blh buat air ni tau...
Air herba minum tu memang mujarab, insyaallah dapat mengeluarkan semua angin dalam badan. Untuk saya la kan. Waktu berpantangkan fatih hari tu, sakit2 pinggang menyusukan dia. Sampai tak blh bgn. Tp masa ahmad faris, langsung tak sakit2 badan. Walaupun masa tu siap susukan fatih lagi. Tapi memang cargas hari2. Cara minum setengah gelas, 2 kali sehari, waktu lunch n dinner. Tapi air ni orang bujang dan blm ader anak tak boleh minum. Orang yang dah ader anak sahaja boleh, at anytime kalau rajin blh buat.
Air herba mandi tu memang menyegarkan badan. Kalau letak daun inai tu, nanti muka2 seri2 jer.. tapi yg penting badan segar. boleh buat basuh tempat melahirkan lagi. cepat sihat kesan jahitan. mandi suam2 tau, air rebusan yg panas tu campur ngan air sejuk. satu set bahan diatas, blh rebus utk mandi seminggu. pastu baru tukar.
Nota kaki : Sewaktu minum air herba tu kan, saya menyusukan ahmad faris, alhamdulillah dia tak cirit birit. So, kalau ader yang minum pastu anak cirit birit silalah berhenti ya. Minum bila anak dah besar sket. tapi menurut kat fatimah, air ni tak panas mana, so memang tak pernah lagi ader mak yang dia jaga, babynya kena cirit birit bila minum air ni. Minta yang terbaik dari yang ESA. Moga dipermudahkan olehNYA.

Friday, June 22, 2012
ape ke bendanyer instagram tu? semua org pun duk sibuk citer pasal instagram ni. aku pulak x sempat lagi nk nyibuk2kan diri utk google apakah difinisi instagram ni.....
so utk memastikan diriku x la ketingalan jauh (sebenarnya tak nk la npk oudated sgt) maka ku busy busy kan diri menyemak di wikipedia apakah ia. tak mau kalah kan..... cari instagram di wiki.... hehehehehhe.. the fastest library ever right? ni kan zaman seme info dihujung jari anda
so what is instagram? ala..... software jer pun. free photo sharing program kata en. wiki. lorrrrrrrrrr..... eh tapi.... best gak la. dia blh amik gbr (lkamera tu kamera phone la. bkn install instagram dapat kamera tau) pastu terus filter (ini maksudnya blh kasi efek bagai2 kat gbr tu la- efek tu dh ready, cuma tggl pilih and click then taraaaaaaaa gbr dh jadi ctk) and pastu blh la trs update ker pelbagai laman social networking......
utk diriku yg takder sebrg social networking ni masih blh pakai, utk edit gambar. ctk hasilnya. tak caya? meh nk share.....
haaaaa.. kan senang tu. Dua tiga klik dah dapat gambar secantik ni efeknya. kalau dulu nk gambar cantik mcm ni kena la pandai guna photoshop. Kalau tak tau guna tu, kem salam jer la... Tapi sekarg, semua pun dihujugn jari anda... Tapi we must remember, instagram is a simple photo editing, its never can replace photoshop. Alaaaa, tujuan instagram ni pun hanya utk filter and share to social networking... Kira canggih dah tu.. Especially utk org kampung mcm ai ni kan...
Nota kaki entri ni : Meh guna instagram edit gambar... Cantikkkkkk...

| gambar lam entri semalam... |
![]() |
| Ni pun sama.. Sesajer nk kasi korang npk hasil perbuatan INSTAGRAM yang best! |
![]() |
| Ni harta termahal aku nih.. Ader sentimental value kannn... |
haaaaa.. kan senang tu. Dua tiga klik dah dapat gambar secantik ni efeknya. kalau dulu nk gambar cantik mcm ni kena la pandai guna photoshop. Kalau tak tau guna tu, kem salam jer la... Tapi sekarg, semua pun dihujugn jari anda... Tapi we must remember, instagram is a simple photo editing, its never can replace photoshop. Alaaaa, tujuan instagram ni pun hanya utk filter and share to social networking... Kira canggih dah tu.. Especially utk org kampung mcm ai ni kan...
Nota kaki entri ni : Meh guna instagram edit gambar... Cantikkkkkk...
Friday, January 27, 2012
Menerima dan Memberi
Kahwin.
Bila kita tanyer lelaki "Best tak kawen?".
Mereka akan jawab "Menyesal tak kawen lebih awal"
Bila kita tanyer pompuan pulak "Best tak kawen?"
Mereka akan senyap seketika dan senyum.. ada juga yang berjaya jawab... Pelbagai jawapannya. Namun banyak erti dalam setiap jawapan tersebut.
Realistiknya perkahwinan itu suatu tanggungjawab yang besar. Sangat besar....
How to make it a good start to a marriage?
Hurmmm... Yang pertama harus sedar serta tahu yang perkahwinan bukan macam dalam fairy tale story, bukan juga mcam dalam novel. Jauh sekali macam dalam cerita novel yang difilemkan seperti OMBAK RINDU itu... Bukan juga seperti TENTANG DHIA yang sangat melodramatik itu...
Perkahwinan adalah sesuatu yang realistik. Yang apabila sahnya kita menjadi suami dan isteri, maka disitulah titiknya kita harus menerima pasangan kita. Buruknya, baiknya, he or she are made for us... Bunyinya mudah, namuk praktisya masing-masing punya perspektif sendiri...
Dan disini saya ingin berkongsi dari segi perspektif diri saya sendiri.... Perspektif memberi dan menerima... Perspektif seorang ISTERI.
Bila dah kawen, apa yang jadi?
Macam-macam yang jadi. Hanya yang dah lalui sahaja yang tahu...
Antaranya...
"Eh, dia ni baju kotor main letak merata jer"
"Laaaa, satu malam tak boleh tido dengar dia berkeruh"
"Hurmmmm, kuat betul jelesnya"
"Semua pun nk ikut cakap dia, ingat dia betul semua ker"
"Ishhh, tido buas betul, macam katil ni dia sorang jer tido"
"Rimas la, semua benda nk kena pada tempatnya, tahu la kita bila nak mengemas, menyebok jer"
Itu antaranya, banyak lagi. Semuanya kita akan nampak bila dah bersama. Dan kebiasaannya, kelemahan pasangan la yang akan jadi keluhan kita.
Cehhh, cakap laksana kita tak der kelemahan diri. Pernah tanyer tak apa yang dia tak suka pasal kita.
Eh, baru kawen, semua pun ok.. is it??? Allaaaaa, kan ker nk jaga hati. Kentut pun kita kepit kan, takut terkeluar.
-------------------------------------------------------------
Macam tu ker bila dah kawen? Macam tak syioookkk jer....
Eh, mana ader. Itu la keindahannya. Percayalah..
Tapi syaratnya, terima la seadanya. Beri la sebaiknya... Tanpa prejudis!!!
Terima seadanya??? Adoiiii la... Tensen betul!!!
Ya. Harus terima SEGALAnya.
Terima bahawa sesiapun punya kelemahan dan kekurangan. Tiada yang sempurna di dunia ini. Hemsem macam Brad Pitt kah dia? Buruk kah dia? Kurus cekeding macam cicak kubing kah dia? Gemuk gedempol macam tong drum kah dia? Putih melepak kah dia? Gelap gelita kah dia?
Semua itu bukan gambaran mereka sempurna. Kita pun tak sempurna. Layakkah kita mendambakan seorang yang sempurna untuk kita???
Cuma...
Jika mereka tak sempurna. Ketahuilah, bahawa mereka juga sedang belajar. Belajar menerima kita. Bantula mereka, kerana membantu mereka sebenarnya membantu diri kita.
Maka,
Mari la kita sama2 belajar menerima. Menerima seadanya pasangan kita. Jika betul kita tak sukakan apa2 tentang dirinya, berbincang la... Bergaduh la... Bertikam lidah la... Buat la apa cara yang kita selesa, namun jangan sesekali diam, kerana ia bukanlah pilihan. Ingat yang itu...
Untuk menerima, harus berterus terang, harus bercerita, harus berkongsi, harus mendekati. Jika disimpan, jika dipendam, jika disorok, maka itu menolak, jauh sekali belajar menerima...
Dan,
Dalam proses itu, kita harus bersabar. Bersabar melalui proses itu. Kerana semua pun melalui proses itu. Tiada yang terlepas. Tiada juga yang mendapat pelepasan....
Asik nk menerimanya jerrrr.... Kita pun ada ego kita. Ingat kita ni aperrrrr?
Laaaaa.. Kan dah kater, sama2 belajar... Jika "sama2" itu maksudnya adalah bersama-sama, together-gether kata omputih.. Kan dh suruh berbincang. Maka jika telah berbincang, sekarang harus pula memberi...
Memberi pulak??? Huhhhh, banyak sangat nk digest ni. Seme pun menyesakkan! Menensenkan! Membosankan!!! Malas arrrrr...
Malas??? Hurmmmm, itu larangan yang utama. Kalau malas kenapa decide nk kawen??? Tak per la, nanti cerita episod lain pulak ya.. Sekarang kita teruskan kepada memberi.
Memberi? Ini sama juga macam menerima... Alaaaaa, kalau macam bulan puasa tu, jiran kasi kita juadah berbuka, kita pun balas la kan.. dapat pahala wooooo...
Aper lak kaitan ngan puasa ni????
Samer jer jawab nya. Kalau dengan jiran tetangga pun kita digalakkan saling memberi dengan menerima. Apatah lagi dengan pasangan kita. Dan memberi kepada pasangan adalah satu keindahan tak terkata. Itu belum cerita pasal pahala (topik ni saya bukan orang yg layak becerita, sekadar menggunakan kosa kata itu bagi menggambarkan keindahan memberi kepada pasangan)...
Yer la.. Yer la... tapi nk bagi aper? hadiah ker??? Hurmmm, tak der duit arrr.. Lagi pun malas pikir nk beli aper. tak der mood!!!!
Huhhhh... Memberi dengan pasangan tak perlukan sebarang kos. Cuma perlukan sedikit usaha dengan keikhlasan. dan yang paling penting lakukan dengan hati yang terbuka...
Memberi la dengan ikhlas. Beri la aper sahaja yang mampu...
Dalam konteks ini, memberi itu besar maksudnya.
Memberi dalam segala hal.
Memberikan masa untuknya bermanja.
Memberikan tempat dihati kita.
Memberikan telinga untuk dengar luahannya.
Memberikan perhatian untuk dirinya.
Memberikan kekuatan kita bagi menampung kekurangannya. Dan juga sebaliknya.
Memberikan ruang untuk dia memperbaiki dirinya dan juga kita.
Memberikan ruang untuk dia mendekati kita lebih lagi.
Serta banyak lagi.. Jika ingin disenaraikan, maka tak abes laa entri ni nanti...
Tapi yang penting..
MEMBERIKAN DIRI KITA KEPADANYA. MENERIMA DIRINYA SEADANYA.
Yer la, yer la.. Akan diusahakan nanti... Akan belajar memberi dan menerima. Tapi ntah laaaa....
Ntah la???? Terima la hakikat.
Itu la permulaan hubungan suami isteri. Mengenali diri sendiri serta pasangan dengan lebih dalam lagi. Membongkari keburukan serta kelebihan diri sendiri juga pasangan. Mendalami hati serta perasaan diri sendiri juga pasangan.Sama2 bertatih menuju ke alam baru yang bakal dicorakkan oleh kita, pasangan suami dan isteri.
Maka, kini kita harus sedar apa jua yang kita lakukan kesannya kepada pasangan jua. Jika kita terluka, maka dia juga berdarah. Jika kita berduka maka dia juga menangis. Jika kita gembira dia juga ketawa. Jika kita merajuk, dia juga menjeruk...
Jadi bersyukur la, kerana kini kita ada kawan berkongsi duka gembira, ada doktor di kala terluka serta ada sang pujangga memujuk di kala merajuk... Bersyukur jua, kerana kini ALLAH telah berikan seseorang menjaga kita siang dan malam, mengambil berat perihal diri kita di setiap saat, berkongsi segala cerita tanpa kira ketika...
Sudah panjang penjelasan saya. Sudah banyak juga yang saya tuliskan. Dan kini yang tinggal cuma diri sendiri untuk menilai.
Menilai yang terbaik untuk kamu dan pasangan kamu. Berhenti mencari kesalahan dan keburukan orang lain. Mulakan dengan menerima seadanya serta berikan yang terbaik dalam perhubungan suci ini. Jangan sesekali melepaskan tangan pasangan kamu, jangan pernah kenal erti putus asa, jangan sesekali menoleh lagi, jangan pula sering mengeluh. Lakukan la apa sahaja bersama. Nikmatilah kurniaan yang telah ALLAH berikan ini.
Percayalah, semua orang melalui apa sahaja yang kamu lalui. Semua orang jua mengalami turun naik sebuah perkahwinan. Dan yang pasti itulah keindahannya hubungan ini. Itu lah kenikmatan ikatan ini. Itu lah jua kebahagiaan yang hakiki.
Nota kaki entri ini : Saya bukan seorang yang layak menasihati, cuma saya cuba berkongsi. Tiada ada kaitan dengan sesiapa, sepenuhnya lahir dari rasa hati....
*Pasangan dalam karangan berjela saya ini adalah merujuk kepada SUAMI...
Bila kita tanyer lelaki "Best tak kawen?".
Mereka akan jawab "Menyesal tak kawen lebih awal"
Bila kita tanyer pompuan pulak "Best tak kawen?"
Mereka akan senyap seketika dan senyum.. ada juga yang berjaya jawab... Pelbagai jawapannya. Namun banyak erti dalam setiap jawapan tersebut.
Realistiknya perkahwinan itu suatu tanggungjawab yang besar. Sangat besar....
-------------------------------------------------------------
How to make it a good start to a marriage?
![]() |
| Ehsan Gugel |
![]() |
| Ehsan gugel |
![]() |
| Ehsan gugel |
Dan disini saya ingin berkongsi dari segi perspektif diri saya sendiri.... Perspektif memberi dan menerima... Perspektif seorang ISTERI.
-------------------------------------------------------------
Bila dah kawen, apa yang jadi?
Macam-macam yang jadi. Hanya yang dah lalui sahaja yang tahu...
Antaranya...
"Eh, dia ni baju kotor main letak merata jer"
"Laaaa, satu malam tak boleh tido dengar dia berkeruh"
"Hurmmmm, kuat betul jelesnya"
"Semua pun nk ikut cakap dia, ingat dia betul semua ker"
"Ishhh, tido buas betul, macam katil ni dia sorang jer tido"
"Rimas la, semua benda nk kena pada tempatnya, tahu la kita bila nak mengemas, menyebok jer"
Itu antaranya, banyak lagi. Semuanya kita akan nampak bila dah bersama. Dan kebiasaannya, kelemahan pasangan la yang akan jadi keluhan kita.
Cehhh, cakap laksana kita tak der kelemahan diri. Pernah tanyer tak apa yang dia tak suka pasal kita.
Eh, baru kawen, semua pun ok.. is it??? Allaaaaa, kan ker nk jaga hati. Kentut pun kita kepit kan, takut terkeluar.
-------------------------------------------------------------
Macam tu ker bila dah kawen? Macam tak syioookkk jer....
![]() |
| Ehsan gugel |
Tapi syaratnya, terima la seadanya. Beri la sebaiknya... Tanpa prejudis!!!
-------------------------------------------------------------
Terima seadanya??? Adoiiii la... Tensen betul!!!
![]() |
| ihsan gugel |
Terima bahawa sesiapun punya kelemahan dan kekurangan. Tiada yang sempurna di dunia ini. Hemsem macam Brad Pitt kah dia? Buruk kah dia? Kurus cekeding macam cicak kubing kah dia? Gemuk gedempol macam tong drum kah dia? Putih melepak kah dia? Gelap gelita kah dia?
Semua itu bukan gambaran mereka sempurna. Kita pun tak sempurna. Layakkah kita mendambakan seorang yang sempurna untuk kita???
Cuma...
Jika mereka tak sempurna. Ketahuilah, bahawa mereka juga sedang belajar. Belajar menerima kita. Bantula mereka, kerana membantu mereka sebenarnya membantu diri kita.
Maka,
Mari la kita sama2 belajar menerima. Menerima seadanya pasangan kita. Jika betul kita tak sukakan apa2 tentang dirinya, berbincang la... Bergaduh la... Bertikam lidah la... Buat la apa cara yang kita selesa, namun jangan sesekali diam, kerana ia bukanlah pilihan. Ingat yang itu...
Untuk menerima, harus berterus terang, harus bercerita, harus berkongsi, harus mendekati. Jika disimpan, jika dipendam, jika disorok, maka itu menolak, jauh sekali belajar menerima...
Dan,
Dalam proses itu, kita harus bersabar. Bersabar melalui proses itu. Kerana semua pun melalui proses itu. Tiada yang terlepas. Tiada juga yang mendapat pelepasan....
-------------------------------------------------------------
Asik nk menerimanya jerrrr.... Kita pun ada ego kita. Ingat kita ni aperrrrr?
![]() |
| Ehsan gugel |
![]() |
| Ehsan gugel |
-------------------------------------------------------------
Memberi pulak??? Huhhhh, banyak sangat nk digest ni. Seme pun menyesakkan! Menensenkan! Membosankan!!! Malas arrrrr...
![]() |
| Ehsan gugel |
Memberi? Ini sama juga macam menerima... Alaaaaa, kalau macam bulan puasa tu, jiran kasi kita juadah berbuka, kita pun balas la kan.. dapat pahala wooooo...
Aper lak kaitan ngan puasa ni????
Samer jer jawab nya. Kalau dengan jiran tetangga pun kita digalakkan saling memberi dengan menerima. Apatah lagi dengan pasangan kita. Dan memberi kepada pasangan adalah satu keindahan tak terkata. Itu belum cerita pasal pahala (topik ni saya bukan orang yg layak becerita, sekadar menggunakan kosa kata itu bagi menggambarkan keindahan memberi kepada pasangan)...
-------------------------------------------------------------
Yer la.. Yer la... tapi nk bagi aper? hadiah ker??? Hurmmm, tak der duit arrr.. Lagi pun malas pikir nk beli aper. tak der mood!!!!
![]() |
| Ehsan gugel |
Memberi la dengan ikhlas. Beri la aper sahaja yang mampu...
Dalam konteks ini, memberi itu besar maksudnya.
Memberi dalam segala hal.
Memberikan masa untuknya bermanja.
Memberikan tempat dihati kita.
Memberikan telinga untuk dengar luahannya.
Memberikan perhatian untuk dirinya.
Memberikan kekuatan kita bagi menampung kekurangannya. Dan juga sebaliknya.
Memberikan ruang untuk dia memperbaiki dirinya dan juga kita.
Memberikan ruang untuk dia mendekati kita lebih lagi.
Serta banyak lagi.. Jika ingin disenaraikan, maka tak abes laa entri ni nanti...
-------------------------------------------------------------
Tapi yang penting..
MEMBERIKAN DIRI KITA KEPADANYA. MENERIMA DIRINYA SEADANYA.
![]() |
| Ehsan gugel |
-------------------------------------------------------------
Yer la, yer la.. Akan diusahakan nanti... Akan belajar memberi dan menerima. Tapi ntah laaaa....
Ntah la???? Terima la hakikat.
Itu la permulaan hubungan suami isteri. Mengenali diri sendiri serta pasangan dengan lebih dalam lagi. Membongkari keburukan serta kelebihan diri sendiri juga pasangan. Mendalami hati serta perasaan diri sendiri juga pasangan.Sama2 bertatih menuju ke alam baru yang bakal dicorakkan oleh kita, pasangan suami dan isteri.
Maka, kini kita harus sedar apa jua yang kita lakukan kesannya kepada pasangan jua. Jika kita terluka, maka dia juga berdarah. Jika kita berduka maka dia juga menangis. Jika kita gembira dia juga ketawa. Jika kita merajuk, dia juga menjeruk...
Jadi bersyukur la, kerana kini kita ada kawan berkongsi duka gembira, ada doktor di kala terluka serta ada sang pujangga memujuk di kala merajuk... Bersyukur jua, kerana kini ALLAH telah berikan seseorang menjaga kita siang dan malam, mengambil berat perihal diri kita di setiap saat, berkongsi segala cerita tanpa kira ketika...
![]() |
| Ehsan gugel |
-------------------------------------------------------------
Sudah panjang penjelasan saya. Sudah banyak juga yang saya tuliskan. Dan kini yang tinggal cuma diri sendiri untuk menilai.
Menilai yang terbaik untuk kamu dan pasangan kamu. Berhenti mencari kesalahan dan keburukan orang lain. Mulakan dengan menerima seadanya serta berikan yang terbaik dalam perhubungan suci ini. Jangan sesekali melepaskan tangan pasangan kamu, jangan pernah kenal erti putus asa, jangan sesekali menoleh lagi, jangan pula sering mengeluh. Lakukan la apa sahaja bersama. Nikmatilah kurniaan yang telah ALLAH berikan ini.
Percayalah, semua orang melalui apa sahaja yang kamu lalui. Semua orang jua mengalami turun naik sebuah perkahwinan. Dan yang pasti itulah keindahannya hubungan ini. Itu lah kenikmatan ikatan ini. Itu lah jua kebahagiaan yang hakiki.
Nota kaki entri ini : Saya bukan seorang yang layak menasihati, cuma saya cuba berkongsi. Tiada ada kaitan dengan sesiapa, sepenuhnya lahir dari rasa hati....
*Pasangan dalam karangan berjela saya ini adalah merujuk kepada SUAMI...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Me, Kids and World Scarves Problems
Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...
-
Assalamualaikum wbt... Ini entry saya tulis khas buat kawan-kawan lama di ofis lama.. Saya sangat rindu dengan korang semua. Sirius.. Saya...
-
Fuh.. Fuh.. Fuh... Hukhukhuk.... Banyaknyer habuk.. Long time no entry yaa.. Hehehehe... Maafkan saya, kerana setiap kali anda mengklik blog...
-
Rinel, this entry i wrote mainly dedicated to you.. Oh sorry to disturb while u r still enjoyed ur sate kajang. How it taste ek? Is it as de...