Showing posts with label Anak-anakku. Show all posts
Showing posts with label Anak-anakku. Show all posts

Monday, December 23, 2013

Ahmad Fatih dan Lego

Ahmad Fatih boleh duduk dua tiga jam dengan lego.
Diam jer..
Bukan sajer diam, malahan x boleh dikacau dan ditegur.
 
Memula aku risau gak tgk dia diam jer.
Tapi bila tengok apa yang dia buat aku biarkan jer.
Kekadang syok juga.
Seronok tengok kekereatifan dia.
Kekadang aku pun tak terpikir dia boleh buat macam tu.
 
Yang tak tahan cuma satu.
Dia punya sepah memang menyirap jer la.
Nasib baik aku yang kini bukan lagi yang dulu.
Kalau dulu2 aku mana blh tengok bersepah mcm ni.
Nescaya aku ngamuk.
Sekarang, aku biarkan jer.
Malam dah nk tido baru kemas.
 
 
Jom tengok apa dia buat.

Itu hasil sepahan yang dia buat. Masalahnya jgn tolong kemas nanti dia marah. Tapi last2 kita gak yang kemas.
Owhhh.. itu kren kata dia

Sponge bob... kata dia "ummi, kaki dia boleh jauh blh rapat"

Antara robot dan bangunan yang dia buat.

Aku x tau aper. Tapi aku suka.

Pun aku suka.

"Ini nanti jadi menara opis abg ya", kata ku kat ahmad fatih

Ini yang latest...
Nota kaki entri ini : Ini masa kualiti dia ngan ayah dia. Suami aku paling suka layan dia buat benda ni. Kekadang dia boleh buat pertandingan 2 org tu. Saper buat paling cantik dia menang.

Ahmad Faris dan Tisu

Ahmad Faris sangat sukakan tisu.
Sekotak tisu sebulan tak cukup untuk dia.
 
Ok. Saya kena admit yang dia sangatlah pembersih.
Baju kotor sket nk tukar.
Mulut kotor sket nk lap tisu.
Kaki terpijak air sket nk basuh.
Tangan kotor sket sibuk nk basuh.
Lepas basuh sibuk cari tisu.
Selagi tak jumpa tisu maka tangan dia akan terangkat dan terbuka.
Mulut tak abes2 cakap "geli".
Itu la ahmad faris sekarang.
 
Kalau makan tangan mesti pegang tisu.
Pastu dah lap sekali mesti kena tukar tisu lain.
Tak boleh pakai tisu yang sama.
Meh tengok macam mana stail mengada2 dia sekarang...

Makan limau sambil tengok tv..  tisu mesti ada..

Bila air limau meleleh kat tangan dia, dah mula la dia mengelap. Makan x seberapa, mengelap tangan yang lebih

Dah siap pun sama, kena lap lagi. Lepas lap basuh. Pastu lap lagi.

Nota kaki entri ini : Alhamdulillah dapat seoarang anak yang pembersih. Kalau tengah makan ada kuah gulai yang tertitis atas meja makan, dia sibuk minta tisu untuk lap. Tisu dah masuk senarai kena beli tiap bulan sekarang ni. Nasib baik pampers cuma kena beli utk ahmad farid sahaja.

Thursday, December 12, 2013

My 3rd Hero


Alhamdulillah.. 11/12/13 genap la tiga bulan hero no. 3 saya..
Eh..
Hehehehe...
Alhamdulillah, saya dah ader 3 hero sekarang..
Bersyukur. Seronok. Letih. Tensen. Meriah.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Murah rezeki Allah untuk saya.
Harta tak bernilai untuk saya...
 
Ini yang no. 3...
Buah hati pengarang jantung saya...
Dilahirkan pada 11 September 2013
Pada Jam 11.17 mlm
Dengan berat 3.33kg.
Diberi nama Ahmad Farid bin Asri.


Day 1
 
Day 4 or 5.. masih di hosp. Kena kuarantin sebab tak leh balik umah...
 
Bersalin kali ke-3 ni betul-betul mencabar.
Aku kira ini berlaku adalah atas faktor umur yang dah semakin meningkat.
Hehehehe. Ini gelak sedar diri yang malu2... Hahahahah 
Selain pengalaman bersalin paling sakit, ia juga jadi yg paling merisaukan.
Baby dilahirkan, abang-abang dia kat umah pulak kena HFMD (Hand foot and mouth disease).
So, terpaksa la tinggalkan baby kat hospital dulu.
Takut berjangkit.
Day 10 baru boleh bawa dia balik umah.
 
 
Tak ingat dah day berapa.. tapi baru blh balik umah sehari dua..
mungkin day 11 or 12

Ni masa raya haji...
 
Masa raya haji aku adalah masih berpantang.
Namun begitu, demi menjadi isteri mithali serta menantu yang disenangi.. ecewahhh.
Aku ikut suami balik kampung.
Yang benarnya, tak best kut kalau 
suami and anak2 balik beraya kita duk umah.
tak ker syahdu mcm tu???
Walau raya haji jer..
So aku ikut la. Dengan stokin dan kain batik sebagai uniform raya.
Alaaaaaaa... raya haji jer punnnn...
hahahahaha...
 
Sebelum dan selepas cukur.
 
Garang kan bila dia dah takder rambut.
Itu gen ayahnya okkk..
Kalau ikut aku kompom manis...
 
 
Tembam kan... Hampir 2 bulan. Timbang masa cek 2 bulan adalah 6.19 kg.
 
Masa cek 2 bulan, doktor pesan...
"Jangan banyak sangat menyusu ya farid, sila exercise".
Hahahahah.. Doktor adalah sangat cute.
Aku ingat seme ped adalah begitu.
Kalau tak mereka bukan pediatirician.
 
 
Tembam kannnnn.. tengok lengan and jari dia. Ko aderrr?? Hahahaha

Ni gambar spesyel. Ahmad fatih yg capture... Latest ni.
3 bulan dah umurnya. 

 Aku bersyukur sangat2.
Sebelum bersalin kerisauan utama aku adalah abang2nya.
Ahmad fatih dan ahmad faris adalah sangatttttttttt aktif orangnya.
namun, kerisauan aku tinggal kerisauan semata-mata.
Ahmad fatih adalah abang yang penyayang.
Dah boleh jaga adik.
Dah boleh nyanyi utk adik.
Dah boleh pujuk adik ketika menangis.
Ahmad faris pula abang yang protective.
Nobody can actually touch his brother.
Langsung tak boleh.
Walaupun nenek dia.
Hahahahaha..
Aku tahu. Dia over protective!!!
 
Ahmad faris. Sayang sangat ngan adik dia.

Ahmad fatih. Dah pandai jaga adik.

Nota kaki entri ini :
Ahmad fatih dan ahmad faris adalah dua anak yang sangat supportive.
Seme benda mereka boleh tolong.
Tolong buang pampers.
Tolong amikkan baju baby.
Tolong buai baby.
Sampai kekadang bergaduh nk membantu.
Alhamdulillah...
Moga Ahmad farid juga jadi begitu nanti
Moga anak2ku Ahmad Fatih, Ahmad Faris dan Ahmad Farid menjadi anak2 yang soleh.
 

Monday, January 21, 2013

ahmad faris yang dah makin naughty. ..




Itu la ahmad faris sekarang. Tak makan saman.
Ikut suka dia jer. 
Lebih ngengader dari abangnya...
Boleh juga dikatakan lebih manja dari fatih...





Tengok la tu... nampak tak ignorance habit dia??? itu la ahmad faris sekarang...


Sekolah?? dah banyak abg sekolah...

"Sekolah?? dah banyak abg sekolah..."

Itulah dialog ahmad fatih bila disuruh ke sekolah pagi td...heheheheh


Oh yaaa... masuk 2013 ni ahmad fatih dah masuk 4 tahun la kiranya... So, aku n suami dah decide untuk hantar dia ke sekolah.  I mean pre school...

First day nk kena pegi sekolah

 Maka kesimpulannya dah sekolah pun dia. Adoiii la, susah juga bila dia dah kesekolah. Dengan tabiat dia yang susah nk tido awal malam membawa kepada susahnya nk kejut dia bangun waktu pagi..

Tapi ahmad fatih is always ahmad fatih.. ada ajer yang dia nk ckp walau dia mamai tak hengat waktu pepagi bersiap nk kesekolah. Antaranya:

Hari ketiga sekolah (1st and 2nd day, he's seem to be okay with the school, but when day third is coming....) :

Ayah : Abang, jom bangun mandi, dah lambat ni..
Fatih : Abang ngantuk la ayah..

tp dia ikut juga ayahnya ke toilet... sesudah mandi.

Ayah : Jom, kita pakai school uniform untuk pegi sekolah .
fatih : Aper? Sekolah? Pengsan la abang macam ni...

Siap dengan gaya jatuh terbaring atas tilam..
Drama king kan dia...


Hari keempat sekolah..

ayah : Abang bangun, mandi. Nk sekolah ni, dah lambat.
Fatih : Sekolah lagi? Abg pegi sekolah dah banyak la ayah. Abang ngantuk, tak mau sekolah..
Ayah : Maner boleh, abg kena sekolah 5 kali seminggu.
fatih : Abang dah sekolah banyak, satu, dua, tiga, empat, tujuh, sembilan, sepuluh...


sambil dia tunjuk jarinya kat ayah dia...


Hari kelima sekolah :

Ayah : Abang, bangun. Jom mandi. hari ni last sekolah.
Abang : Ayah, abg kan kata abang dah sekolah banyak. Lagi pun abang tak mau sekolah lagi. Ummi ngan ayah anta abg sekolah garang.

Hahahhaahhahahahahaha... Itu la akal ahmad fatih hari2. Adoooiiiii la.. Letih nk menjawab. Lagi kita jawab, lagi dia panjang akal. Kita jawab A, dia jawab B, kita kata C dia kona D...

First day balik sekolah....

Banyak yang jadi.. banyak lagi nk citer. Byk juga nk share. Tp nti la....

Ahmad fatih sampai hari ni, hari keenam dia bersekolah masih nangis apabila ditinggalkan disekolah...

Thursday, September 27, 2012

Sahabat...

Semakin berusia rasanya makin kurang pula bilangan sahabat di sekeliling saya... Saya pula jenis yang susah betul nk mesej2 tanyer khabar dan sebagainya. Ditambah pula ketiadaan social networking seperti facebook, instagram, twitter dll...

Bukan bermakna saya boleh hidup tanpa kawan-kawan, mereka sangat penting utk saya. namun kesibukan bekerja dengan status isteri dan ibu, sedikit sbyk membuat saya sendiri berkeputusan agar mengurangkan aktiviti bersama kawan2. Tapi bukan bermakna saya tiada kawan-kawan. Tp waktu utk bersama kawan-kawan biasanya di hari bekerja sahaja... Bila sampai ke rumah, henpon ntah kemana, komputer ntah kemana yang tggl cuma anak2 dan suami...

Maka, bila begini jadinya, kawna-kawan baik saya kini adalah suami dan anak2. Most of the time dgn mereka... Berkawan dgn diarg ni syok, especially bila dengan anak2....  Contohnya :

Bila dengan ahmad fatih...


Dia la kawan gaduh saya... Dia wrestling saya, saya wrestling dia balik... Dia ngajuk ngan saya... Saya tak nk kawan ngan dia... Dia datang pujuk saya.. Saya peluk dia...

Dia la tempat perceritaan saya... Saya bersedih dia bertanya.. Saya menjawab, dia tanyer lagi kenapa.. And the best thing dia akan kata... "Ummi jangan sedih, abang kan ader." Tak pun, "ummi jangan sedih ya nanti abg bagitau ayah"

Dia la teman tido saya. Hehehehe... Bila malam saya tanyer dia, "abg nk tido dengan siapa, ummi ke ayah". "ummi" jawab dia.. Kejap-kejap tu.... "Ummi abg nk peluk ummi ya". Kejap2 lagi pulak.. "abg, ummi nk nenen adik ni, jap lagi peluk", "ala.. abg nk peluk ummi" sambil tangan melingkar kemas di leher. "Ishhhh, abg ni, tak larat la ummi macm ni"................................... Sedar2 dah pukul 3 pagi.. dia terbaring di sebelah... Jauh disudut hati, sedih sebab tak sempat peluk dia, tak tahu dia tido bila, saya dah jauh terlena... Lalu saya peluk, saya cium dia...

Dan mcm2 lagi.. Saya boleh gaduh dgn dia pasal benda kecik pun... Contohnya... Saya tgh tgk tv "Ummi, abg nk tgk citer kartun".. "alaaaa abg, ummi tgk citer ni stgh jam jer".... "abg nk tgk citer kartunnnnn". Dia mula cari jalan kacau mengacau... Dia menjerit, dia main tab dengan volume paling tggi, dia datang depan saya cuit sana sini, dia tutup tv... Macam2... Last2, saya pegi duduk btl2 depan tv, kuatkan volume, buat2 tak reti dia nk tgk citer kartun... Hahaahahahha... Macam budak2.. Tapi tak per la, dia kan kawan saya...

Bila dengan ahmad faris...


Dia masih kecil tp dah besar... Masih belum boleh bercakap pun. Setahun lapan bulan.. Tp apa yang kita cakap, kita sampaikan, semua dia paham...  Tp masih belum boleh treat dia sebagai kawan2 gaduh, tp dia tahu kalau saya ngajuk ngan dia... Hehehehe..

Tapi, seronok juga ambil kesempatan dekat ahmad faris ni.. Contohnya,

Bila dia nk nenen, dia akan tunjuk signalnya... Saya kata"nk nenen cium ummi dulu"... Ahmad faris ni jenis yang sangat kedekut dengan ciuman, tak mcm abgnya... Dia lebih sanggup nangis dari cium.. Hehehe.. Tapi ada saya kisah, nk nenen cium dulu... Hahahahahha... Dapat la, tapi cium secukup rasa jer la, sekadar letak mulut dia di pipi saya... Tapi ok la, at least kan...

Ahmad faris ni, saya jangka akan membesar jadi lelaki yang sgt pemalu dan ego.. hahhh gitu.. Bukan aper.. Dia paling kuat merajuk, paling susah nk pujuk... Dia lebih sanggup tertido tanpa nenen kalau saya lambat kasi nenen... Sanggup menangis golek2, dari saya dukung dan pujuk... Saya buat mcm mana??? Saya biar jer... Tak pun kalau dah tak larat sangat dgr dia nangis.. Saya akan kata "abg, mai kat ummi, adik tak sayang ummi ni. Adik tak mau nenen dah ni. Abg mari amik nenen adik"... Maka, dia akan tambah volume nangis dia, sambil cepat2 dtg kat saya.. Tkt abg dia amik nenen dia... Tp kalau abg dia sempat, dia tbh lagi volume dia, cuma dia tak der la nk abaikan saya lagi... Hehehehehe.. Dia akan usahakan juga dapatkan nenen dia.. Tp nenen tau, bukan ummi... Kalau suruh cium time mcm ni, jangan harap... 

Bila dengan ayahnya..


Hehehhe.. Yang ni tak yah citer la.. Rahsia rumah tangga... Kihkihkihkih....


Nota kaki entri ini : Tiap pagi bila saya bangun, saya akan tengok mereka yang masih lena tido.. Tiap pagi juga bila tengok wajah mereka saya akan terasa saya sgt tak sempurna.. Tiap kali itu juga saya bertekad akan jadi lebih baik hari ini... Namun, tiap kali itu juga, saya bahagia, jadi isteri, ibu dan sahabat untuk mereka...

Sahabat setia, kekal selamanya...

Wednesday, September 26, 2012

berhenti kerja???????

sejak menjadi seorg ibu 3tahun yg lalu, memg selalu terlintas nk benti keje ni. tp tumpang lintas jer la, benti btl2 tu kena buat analisa dulu. mcm2 analisa kena buat, analisa masa, analisa kewangan, analisa bagai2 la....

tp itu, saya yg ckp. sy yg pikir. syg ingat sy sorg jer pikir. rupanya anak bujang kat umah tu pun duk mikir samer.

smlm sy blk lbt dari keje. biasa la. rutin harian. nk dpt blk ontime tu jarang la kan. so, kerana dh lbt, ditambah suami ader mesy di luar, maka sy berkeputusan tapau kfc jer la... sdg mkn bersama maid n dua bujangku itu, aku berbual kosong dgn abg si ahmad fatih. tiba2 maidku menyampuk.....

erna : akak tau, abg ckp aper kat erna td?
saya : aper?


memetik semula perceritaan erna.

abg : kenapa umi pegi keje cik erna?
erna : kalau ummi x keje mcm mane nk ader duit beli susu abg?
abg : ayah kan ader. ayah jer beli susu. ayah jer pegi keje. ummi x perlu. ummi duduk umah ngan abg.
erna : cik erna kan ader teman abg?
abg : cik erna x best. kene ummi juga tmn abg. abg bosan la duk umah ummi xder.

kembali ke perbualan saya dan erna.

saya : mana dia dpt perkataan bosan tu?
erna : dia dgr maksu dia selalu ckp....
saya : btl ker abg ckp camtu?

pertanyaan tu saya tuju dkt ahmad fatih. dan dia cuma senyum. dan bila dia senyum itu maknanya btl la perceritaan erna. ahmad fatih ni kalau x btl dia akan ckp x, dan kalau dia tak paham dia tanyer "ummi ckp aper ngan cik erna tu ".

maka skrg, dari smlm spi skrg saya duk pikir, rupanya anak2 pun duk terpikir, baikla ummi ni duk umah teman diarg.... mcm mana tu?? tu blm kalu ahmad faris blh ckp... tkt nti ayatnya akan lebih bombastik...


dia selau buat saya berfikir....
x sbr nk dgr aper pulak komen dia....


nota kaki entri ini : ahmad fatih kalau bercakap memg petah dan sentiasa bermesej.

Monday, July 16, 2012

aktiviti masa lapang mereka

Sajer nk share aktiviti masa lapang diarg ni.


kalau dapat tab mesti baring...


belajar dari mentor...


Hurmmmm.. Tu assistant mentor dah mula menyibuk...


Macam biasa la. assistant mentor memang akan guna kuasa veto. INI ABANG PUNYA.

aktiviti ni memg melibatkan diarg jer.
ummi ntah maner2 pun diarg tak kisah dh.
cari ummi cuma bila lapar atau nk susu ajer.
kalau tak diarg geng bertiga ajer...

nota kaki entri ini : nak kena tbh ahli nampaknya ni.. hehehehehehe.. tunggu rolling plan 4 kuttt..

Saturday, June 23, 2012

alololololo.... manjanya

alolololo.... nk tgk bdk kuat merajuk...
jommmm....


tu muka control.
tgh nangis tu.
npk flash sempat spt dia sym.

tp ahmad faris manjanya melampau.
mana blh thn lama.
kuat ngajuk tu.
dh la susah nk pujuk.
meh nk tunjuk bila kontrol hemsemnya dh abes.


org tunjuk perasaan sekuat hati.
itu la dia ahmad faris...


tgk dia sbg lg.
lg besar muutnya.
kay la, kay la, jom nenen!!!

nota kaki entri ini : kata ayah, ummi pun x kuat ngajuk macam ahmad faris.

buat per tu....



hehehehe.... ahmad fatih buat per tu?
cer teka???
itu la bendanya yg boleh alih perhatian ahmad fatih kejap...
kalau x, x blh la ummi buat keje....
x blh la adik manjanya tido....
x blh la ayahnya baca paper...

ini diaaaaa....


itu dia punya tauuu...
jgn harap org lain blh sentuh tu.
pinjam kejap blh la.
tp lamer sket dia akan ckp "tab tu abg punya la"
Hahahahaha....
layankan ajer....

nota kaki entri ini : aku dulu kecik2 tv 14 inci jer. remote pun xda. namun, itu la paling bharga kat kami sekeluarga.

Thursday, June 21, 2012

dah besar teruna2ku....

hurmmmmmm.......
Kekadang bila pikir-pikir balik kebelakang, terasa cepat betul masa berlalu. sedar2 dah ader dua anak. Sedar tak sedar juga dah besar diarg ni. Maka dengan itu secara tak lgsg aku pun dh bertambah tua. Huhuhuhuhu......

Namun, walau bagaimanapun seribu kesyukuran kupanjatkan. Dalam tidak kesedaran itu, macam2 dah ALLAH kurniakan buatku. Alhamdulillah.... Antara yang x dapat digambarkan dgn kata2..... inilah kurniaan ALLAH paling bermakna

Nota untuk gambar : Dah besar kan?

Nota untuk gambar : Punnn dah besar...

Nota untuk gambar : Alhamdulillah. Bila nk tambah lagi satu ek??



Tuesday, April 17, 2012

Sesi luah perasaan bosan...

Hurmm.. dah lamer tak update blog.
Bukan tak der masa atau bizi sangat pun.
Idea pun banyak.
Yang takder cuma mood.
Dah puas google merata tempat.
Namun mood masih tak mari..
Macam mana??

Ikut angan2 nk jadi blogger berdedikasi.
Siap tanam azam nk update setiap hari.
tapi macam biasa, azam tinggal azam.
Blog mcm tu juga, semakin kusam...

Maka hari ini pun dari pagi duk paksa diri.
Tulis la something, at least ader entri.
Tapi, sampai ke petang masih begini.
Duk taip delete taip delete semua isi.

Apa lagi nk taip nih...
Eh, cerita pasal anak2 la lagi nampaknyer... Hihihi..

______________________________________________

Semalam fatih wrestling saya lagi.
Faris siap sengih tengok abgnya sambil memanjat ke atas saya.
Tak tahan dek kena buli oleh dua hero pengarang jantung.
Terus saya bersuara sekuat rasa :

"Abang, adik, sudah!!! Ummi merajuk."

Selesai berkata, saya palingkan muka saya.
Tetiba datang fatih :

"Ummi, ummi, jangan la ngajuk ngan abang. Abg sayang ummi tau. ummi sakit ker? Abang minta maaf ya ummi. Abang minta maaf ya"

Sesudah berkata sedemikian rupa terus dia cium saya.
Siap tarik leher saya pastu peluk kepala saya.

Adoiiii laaaaaaa anak2...
Korang la pengarang jantung.
Korang juga yang buat ummi sakit jantung.

Nota kaki entri ini : Macam mana pulak la bila faris boleh bercakap nanti ya? PR dua2 hero saya ni memang tip top. Even faris yang belum boleh bercakap tapi paham banyak perkara tu pun dah pandai amik hati saya... 

Wednesday, March 28, 2012

Bila Fatih dah TERLALU pandai becakap...

TERLALU? Naper saya tulis TERLALU... Here, i list some example :

Nota untuk gambar : Ini waktunya dia masih nak dengar cakap ummi. tapi sekarang "Ummi percaya la fatih cakap" kata dia..
Example 1 :

Tak tahan dek kesakitan dia me"wrestling" saya maka, terus saya cubit lengan dia, lalu :

Fatih : Naper ummi cubit fatih ni?
Ummi : Naper fatih buat ummi macam tu? Sakit tau!
Fatih : Naper ummi cubit, sakit la abg!

Hohoho!!!

Example 2 :

Dek kerana terlau marah melihat dia membuli adiknya, lalu saya pun mula la berleter :

Ummi : Abgggg, jangan la buat adik, kesian adik. Sakit adik tau. Blablablablaa....
Fatih : Ya la CIK UMMI..

Bolehhh??? Adoiiii laaaaa...

Example 3 :

Melihat dia tergaru-garu lengannya, maka saya pun memanggil dia dan melihat tangannya.

Ummi : Abg gatal ya? Allergik ni. Nanti kita sapu ubat.
fatih : Ya la ummi, abg gatal, SIANNNNN abg...

Walau kecik, namunnnn, bab berlebih2 memang terror..

Example 4 :

Baru-baru ni, saya main kejar2 dengan dia dan adiknya. Tiba2 lepas main dia terbatuk2 tak henti. nampak macam tak boleh bernafas dengan selesa. Saya dh kelam kabut. Semua pun dah kelam kabut. Dalam kelam kabut itu...

Ummi : Abg ok tak?
Fatih : OK
Ummi : Kita pegi klinik la
Fatih : Ya la ummi, kita pegi klinik jom

Adoiii, kalau tak sebab dia memang nampak tak larat, memang saya tak bawa dia ke klinik. Boleh pulak kan, dalam keadaan tak sihat tu dia bersetuju dengan cadangan ke klinik tuh.

__________________________________________________________________________

Itu la Ahmad Fatih. Mulutnya ya ALLAH, petah betul bab berbicara.... Tapi paling saya terharu adalah dia paling suka cakap terima kasih. Dalam segala hal. Asal kita membantu dia, terima kasih pasti tak lepas dari mulut dia... Even yang terbaru, ucapan terima kasih yang lengkap dia ucapkan kat saya ..

Fatih : Terima kasih ummi tolong buangkan sayur terlekat kat gigi fatih.

With that thanks, i think all my madness towards him will be fly away in the air...  What else do i hope from a 3yr kids like him. That will be very good for me. ALHAMDULILLAH... Syukur di atas segala rahmat kurniaan ALLAH SWT...

Nota kaki : Hurmmmm, kesinambungan dari kepetahan ini, kelihatan seperti pemerhati setia fatih juga bakal jadi aktif seperti abangya... Apa sahaja yag abg dia buat, kejap jer dia dah pandai buat. Sekarang dia dah pandai sabotaj abg dia tengok kartun. Diam2 dia pegi tutup tv and berdiri depan tv supaya tak der sesaper boleh buka balik... Saper mentor dia??? ABANGGG!!!!

Nota untuk gambar : Itu waktu giginya dua, cuma tau senyum. Sekarang, dah expert tunjuk perasaan dengan tangisan tipu bila orang kacau property dia.. Kelassss kan???

Wednesday, January 25, 2012

Ceritaku bersama anak-anak....

Saya ni memang banyak bercakap.

Dulu saya pun macam tak berapa nk percaya, tapi sekarang (dah tua baru sedar diri... hehehehe) saya rasa memang betul. Buktinya, semua benda saya nk cerita kat anak2 saya, yang mungkin tak paham apa2 tu...

Tak per la, janji saya cerita. Saya cerita semua. SEMUA. Kekadang perkara tak relevan dengan diarang pun saya cerita. Contohnya...

Perbualan saya bila baru balik kerja..

Saya : Hurmmmm, penat nya ummi hari ni..
Fatih : Ummi pegi mana? (Dengan loghat pelat comel dia laaa... Tp saya tak tahu nk eja camaner...)
Saya : Ummi pegi keje la sayang...
Fatih : Ummi pegi mana ummi?
Saya : Pegi keje..
Fatih : Ye ker ni?
Ummi : Iyaa... Ummi ada meeting hari ni. Letih tul ummi layan boss ummi..
Fatih : Meeting tu apa ummi?
Ummi : Mesyuarat.
Fatih : Mesyuarat tu aper ummi?
Ummi : Mesyuarat tu orang duduk ramai2 bincang2, borak2...


hahahahahahaha... Soklan yang kuar dari mulut fatih memang banyak.. Tak terjawab. Tapi saya tetap bercerita...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itu dulu. Dengan fatih sorang jer... Sekarang. Dengan faris sekali. Tengah bercerita dengan abgnya.. Tiba2..

Faris : Hahhhhhh.. Huhhhhhh....
Ummi : Adik. Naper dik? Ummi letih la dik... Ummi keje hari ni satu hari meeting... Bla bla bla bla...

Nk juga dia bercerita. Saya pun cerita jer la... Hahahahaha... Saya tahu. Saya memang byk cakap. TERBUKTI.

Cuma tetiba saya terpikir. Nanti bila faris dah pandai bercakap, berapa banyak soklan la yang akan keluar dari mulut dia... Berapa banyak cerita lagi yang akan saya sampaikan kat diarang... Bosan tak mereka nanti dengar cerita saya hari2...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Nota kaki entri ini : Indahnya hari bila dapat bercerita dengan mereka. Sunyi tak kalau suatu ketika nanti, mereka dah ada hidup sendiri mereka tak mahu lagi dgr cerita saya....

Wednesday, January 04, 2012

Akal si Ahmad Fatih

Scene di suatu petang, ketika baru pulang dari pejabat :

Fatih : uhuk uhuk huk uhuk...
Fatih : Fatih batuk la ummi
Ummi : Betul ke fatih batuk ni?
Fatih : uhuk uhuk huk uhuk uhuk huk uhuk... Betul la mi, fatih sakit perut la mi. Fatih nk gi hospital la mi.
Ummi : Fatih cakap betul2 fatih. Ummi risau tau fatih sakit ni.
Fatih : uhuk uhuk huk uhuk... Betul mi, fatih nk gi hospital.
Ummi : Fatih betul ke ni? Fatih nak aper sebenarnya ni?
Fatih : Fatih nk nenen boleh?????
Ummi : Grrrrrrrrrrrr.....

Sudah ku duga akalnya. Sentiasa kreatif pikirkan aper cara supaya dia boleh menyusu macam adiknya...


Nota untuk gambar : Tu tengah pikir, apa lagi nk buat? Percayalahhhh...

Nota kaki entri ini : Ahmad fatih ni. lambat sket boleh bercakap, tapi bila dia dah boleh bercakap, adoyaiiiiii, pelbagai kerenahnya.

Tuesday, January 03, 2012

Fatih & Faris

Aku sebenarnya dalam mood nk mengupdate alkisah percutianku di hujung mggu yang lalu. Namun byk betul halangan yang mendatang. Nak donlod gambar dari kamera pun sekian lama masa diambil.

Setelah mengdonlod, maka ku skroll untuk melihat gambar2 yang ada... Tertarik pula dengan aksi dua beradik, abang dan adik. Maka aku rasa sangat elok la, jika ku upload dulu gambar mereka berdua, yang kurasakan mendatangkan mood bekerja untukku hari ini... 

Taraaaaaaa......
 

Nota untuk gambar heroku : Macho tak???

Nota untuk gambar heroku : Comel tak???
 
Nota untuk gambar heroku : Serius tak???



Nota untuk gambar : Seksi tak?? 
 
Nota kaki : Cuti2 pospon lu la... Malas tul nk edit gambar... Heheheheh.

Me, Kids and World Scarves Problems

Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...