Wednesday, March 28, 2012

Bila Fatih dah TERLALU pandai becakap...

TERLALU? Naper saya tulis TERLALU... Here, i list some example :

Nota untuk gambar : Ini waktunya dia masih nak dengar cakap ummi. tapi sekarang "Ummi percaya la fatih cakap" kata dia..
Example 1 :

Tak tahan dek kesakitan dia me"wrestling" saya maka, terus saya cubit lengan dia, lalu :

Fatih : Naper ummi cubit fatih ni?
Ummi : Naper fatih buat ummi macam tu? Sakit tau!
Fatih : Naper ummi cubit, sakit la abg!

Hohoho!!!

Example 2 :

Dek kerana terlau marah melihat dia membuli adiknya, lalu saya pun mula la berleter :

Ummi : Abgggg, jangan la buat adik, kesian adik. Sakit adik tau. Blablablablaa....
Fatih : Ya la CIK UMMI..

Bolehhh??? Adoiiii laaaaa...

Example 3 :

Melihat dia tergaru-garu lengannya, maka saya pun memanggil dia dan melihat tangannya.

Ummi : Abg gatal ya? Allergik ni. Nanti kita sapu ubat.
fatih : Ya la ummi, abg gatal, SIANNNNN abg...

Walau kecik, namunnnn, bab berlebih2 memang terror..

Example 4 :

Baru-baru ni, saya main kejar2 dengan dia dan adiknya. Tiba2 lepas main dia terbatuk2 tak henti. nampak macam tak boleh bernafas dengan selesa. Saya dh kelam kabut. Semua pun dah kelam kabut. Dalam kelam kabut itu...

Ummi : Abg ok tak?
Fatih : OK
Ummi : Kita pegi klinik la
Fatih : Ya la ummi, kita pegi klinik jom

Adoiii, kalau tak sebab dia memang nampak tak larat, memang saya tak bawa dia ke klinik. Boleh pulak kan, dalam keadaan tak sihat tu dia bersetuju dengan cadangan ke klinik tuh.

__________________________________________________________________________

Itu la Ahmad Fatih. Mulutnya ya ALLAH, petah betul bab berbicara.... Tapi paling saya terharu adalah dia paling suka cakap terima kasih. Dalam segala hal. Asal kita membantu dia, terima kasih pasti tak lepas dari mulut dia... Even yang terbaru, ucapan terima kasih yang lengkap dia ucapkan kat saya ..

Fatih : Terima kasih ummi tolong buangkan sayur terlekat kat gigi fatih.

With that thanks, i think all my madness towards him will be fly away in the air...  What else do i hope from a 3yr kids like him. That will be very good for me. ALHAMDULILLAH... Syukur di atas segala rahmat kurniaan ALLAH SWT...

Nota kaki : Hurmmmm, kesinambungan dari kepetahan ini, kelihatan seperti pemerhati setia fatih juga bakal jadi aktif seperti abangya... Apa sahaja yag abg dia buat, kejap jer dia dah pandai buat. Sekarang dia dah pandai sabotaj abg dia tengok kartun. Diam2 dia pegi tutup tv and berdiri depan tv supaya tak der sesaper boleh buka balik... Saper mentor dia??? ABANGGG!!!!

Nota untuk gambar : Itu waktu giginya dua, cuma tau senyum. Sekarang, dah expert tunjuk perasaan dengan tangisan tipu bila orang kacau property dia.. Kelassss kan???

Friday, March 23, 2012

Jalan-jalan lagi...

Huwaaaaaa.. Dah lamer betul tak update blog. malas kasi alasan la.. Cuma nk update gambar2 pegi jalan2 lebih kurang 2 bulan yang lepas... Hehehehe...

Dah lama sangat. Tp kan, malas betul nk upload gambar dari kamera... So, since dah lama tak berentry disini, maka saya upload jer la gambar ni seme untuk kenang2 memori indah di masa akan datang... Esok tua2 bila saya tengok balik boleh la komen2 tentang diri sendiri bersama suami. Tak pun boleh la citer2 kat anak2 "Haaaa, ni dulu ummi ngan ayah, bawa korang pegi zoo tengok haiwan seme. Korang bila nk bawa ummi ngan ayah pegi AUSSIE tgk kangaroo.." Hehehehe, sesuai tak??

Ok la, lets scroll together...

Nota untuk gambar : Tujuan asal : Zirafah; Tapi lepas tgk gambar : Naper zirafah ni enterprem??? Bolehh???

Nota untuk gambar : Dua gambar cukup untuk meggambarkan ke"struggle"an untuk mengambil gambar family...
Nota untuk gambar : So, bolehkaH ini di"assume"kan sebagai "FAMILY PICTURE"
Nota untuk gambar : They're EVERYTHING

Nota untuk gambar : Kata pegi zoo, maka harus ada gambar penghuni tetap zoo.. Mereka comel tau and yang penting mereka ikhlas terima kunjungan kita.....
Nota untuk gambar : Promosi time!!! Mari lah kita, mari lah pegi, ZOO NEGARA...

Nota untuk gambar : Anak2 terhibur melihat ciptaan ALLAH SWT disini. Tetapi ummi ngan ayah kecewa, kenapakah banyak tempat haiwan dikosongkan serta kelihatan seperti tidak cukup penyenggaraan??? Daripada habiskan duit buat promosi melawat sana2 sini, baik salurkan sebahagian untuk kerja2 penyenggaraan. Bila tempat untuk dilawati menarik, maka yang datang akan lebih tertarik dan akan menarik lebih ramai lagi... Itu kan juga promosi???

Monday, March 05, 2012

Outing bersama 2 heroku...

Mengharungi hari minggu tanpa chentaku disisi adalah satu perkara yang paling berat tanggungannya padaku. Bukan anak2 yang membebankan. Tapi tanpa suami disisi buat hati terasa kosong, buat jiwa terasa sunyi.. Ecehcehceh... Geli benor bunyinya... (^-^)

Tak mau panjang cerita, ini kisah ku karangkan buat perkongsian keindahan outing dihari minggu.. Ini jua yang ku lakukan bersama 2 heroku cum bodyguard diriku (bila mereka besar nanti laa kannn.. kann.. kannnnnn). Tiada yang lebih mengembirakan dari meluangkan masa bersama mereka. Namun ku tahu akan lebih indah petang itu jika chentaku ada bersama (korang layan ya ayat jiwang ni semua. Maklum la suami tgh outstation....)

Outing bermula di taman botani...

Nota untuk gambar : Singgah taman botani, cari taman permainan tak jumpa, so main tangkap gambar atas rumput jap... hihihihi

Lalu langkah dituju ke taman putra perdana..

Nota untuk gambar : Eh eh.. Kat taman botani lagi??? "Ummi, kemon, i'm big enuf, not macho ok, kishhh at home in the room only"

Nota untuk gambar : Haaaaaa.. Baru arrr betul di taman putra perdana. "Ummi, pls dont kisshh, shy shy arrrrrr, i'M BOY okehhhh"

Eh, tetiba cam taman kawasan umah ni. Tak kisah laaaa... Layan ekkk....

Nota untuk gambar : MY 1ST HERO... "mmmchu, mmmchu buat aper ni? ye ker ni? aper ni mmmchu?"
Nota untuk gambar : MY 2ND HERO. "okey mmmchu, pliz take picture now, tired smile alledy"

Dah la, dah la... tujuan sebenar entri sekadar nk letak gambar anak2 serta ummi yang ditangkap serta diedit oleh adik bongsuku yang manjanya kalah my 2nd hero. Hehehehe... Cantik lak rasa gambar2 ni seme yang dia tengah edit utk buat story book... Ader yang berminat nk buat camni? Email saya ek...

Tapi yang ni lagiiiiii cantik. Eh, lagiiiii hemsemmmm...

Nota untuk gambar : CHENTAKU.. Mana sah kalau tak letak gambar ayahnya. Hehehehehe.. Kan dah kata tadi tengah jiwang, tolong la layan jerrr...

Nota kaki entri ini : Entri tak keruan kronologi ceritanya... Se tak keruan tukang tulis entri buat masa ini... Kihkihkihkih.. Ampun...

Wednesday, February 08, 2012

Saya sedang MARAH

Ok, saya betul sedang marah. SANGAT MARAH.

Kata suami saya. kalau orang tua, kita seharusnya, diam dan dengar sahaja bila mereka marah atau beleter.

Kata suami saya juga, "Orang tua ni kita harus hormat"

Tapi, macam mana kalau orang tua tu cakap ntah aper2 pastu hormat orang pun tak reti?????

Huhhhhh, saya marah. Saya sedang emosi.

Nota kaki entri ini : Abaikan entri emosional saya ini. Saya tulis sebab saya dah tak tahu macam mana nk redakan kemarahan sendiri.

Thursday, February 02, 2012

Hasil kerja-kerja mengepam...

Hihihi...

Bunyi macam aper ek bila first time baca tajuk tu? Ntah. Saya pun tak tahu. Tapi tajuk tu macam pelik. Nak letak tajuk lain macam malas nk pikir dah.

Tapi tujuan sebenar entry ini adalah berkaitan dengan pertanyaan seorang rakan baik baru-baru ini berkaitan saiz fridge yang igin dibeli bagi meyimpan susu.

So, ai tangkap gambar ni. Tapi tak clear. tapi nk letak gak kat blog ni...

Nota kaki gambar ini : Ni la peti aisnya. Saiz sederhana besar.
Pastu lepas tangkap, terpikir lak bila dia ada tanyer pasal supplement utk banyakkan susu. So, ai dengan ikhlasnya mencadangkan dia mkn secukupnya. I mean cukup zat ikut piramid makanan tu. Tak perlu tambah lain2 makanan pun. Bukan aper, tapi banyak juga yang dah ai cuba tapi hasilnya macam lebih kurang jer bila ai makan secukupnya...

Untuk memantapkan fakta ai kat atas maka ai pun snap satu kali gambar stok susu yangai ader... So, ini dia..


Nota untuk gambar ini : Lebih kurang 4 bulan stok. Alhamdulillah, rezeki Ahmad Faris
Rahsia untuk ini???

>> Jaga pemakanan. It helps alots on the quantity of milk produced.
>>Jaga schedule of pumping. Jaga means dua perkara :
          1. Mesti istiqomah mengepam and
          2. Mesti timely schedule everyday. Jangan malas2.

Untuk lebih detail, nanti la ai citer lagi. Tapi untuk beginner, i mean untuk ibu2 mithali yang baru nk mulakan menyusu bayi kesayangan kita, jangan malas2. Perlu kuat semangat. Berazam la dari sebelum anda melahirkan. Insyaallah, jika kita betul berniat menyusukan bayi kita, ALLAH akan permudahkan segalanya.
Berkaitan supplement dan sebagainya. Saya tidak menidakkan. Kita perlu berusaha. Tapi setiap perkara ada pro&con.

Nota kaki entri ini : Kata rakan baik saya "Sedih bila kita menyusukan anak dengan susu lembu."
Kata seorang rakan baik lagi "Kalau susu tak der macam mana?"

Tuesday, January 31, 2012

Happy Besday Ahmad Faris

Saya sedih.

Sangat sedih.

Ntah macam mana, secara kebetulan bila saya duk baca seme blog orang semua cerita pasal besday celebration orang tersayang.

Sedangkan saya tak sambut pun besday Ahmad Faris, anakku yang sangat baik itu.

Eh cup.. cup.. cup... Bukan saya tak mau sambut. Bukan tak mau meraikan. Malas nk beralasan.

Seikhlasnya saya tak pandai buat semua tu. Masa ahmad fatih dulu pun saya pun tak sambut, cuma buat kek untuk dia. Bila sampai time ahmad faris, saya terpikir juga nk buat kek, tapi ahmad faris mana boleh makan kek. Nanti kesian dia tengok jer.. Dah la sekarang dia dah pandai sangat merajuk. Nanti saya lagi sedih.

Ada lah saya masak2 juga pada masa besday dia hari tu, tapi yer la kan, satu tahun apa sangat la yang boleh dibuat untuk dia. Lagi pun dia tu seme pun tak boleh makan...

Huk huk huk huk... Saya sedih... Teruk arrrr saya nih.

Tak per la... Here is a wishes for u. If one day u did read this blog, i want u to know, I LOVE U VERY MUCH and this is especially for you....



Selamat Hari Lahir Sayang Ummi

Faris,

Ummi bukan ibu terbaik yang mungkin faris impikan.
Namun, ummi nk faris tahu bahawa setiap hari ummi mencuba yang terbaik untuk membesarkan anak2 ummi.Walau tika ini mungkin faris tak memahami apa yag berlaku, namun ummi nak faris tahu bahawa ummi sangat2 menyayangimu sepenuh hati ummi.

Selamat hari lahir ummi ucapkan dan doa ummi setiap hari hanya ini

"Ya ALLAH, ENGKAU jadikan la anakku ahmad faris seorang anak yang soleh, yang berjuang pada jalanMU,seorang anak yang bijak, seperti bijak pandaiMU yang terdahulu. Lindungilah dia selalu, panjangkan umurnya serta umurku suami isteri agar dapat mendidik dan menjaga amanahMU ini menjadi seorang insan yang diREDHAI olehMU."


Nota kaki entri ini : .......




Friday, January 27, 2012

Menerima dan Memberi

Kahwin.

Bila kita tanyer lelaki "Best tak kawen?".
Mereka akan jawab "Menyesal tak kawen lebih awal"

Bila kita tanyer pompuan pulak "Best tak kawen?"
Mereka akan senyap seketika dan senyum.. ada juga yang berjaya jawab... Pelbagai jawapannya. Namun banyak erti dalam setiap jawapan tersebut.

Realistiknya perkahwinan itu suatu tanggungjawab yang besar. Sangat besar....

-------------------------------------------------------------

How to make it a good start to a marriage?

Ehsan Gugel
Hurmmm... Yang pertama harus sedar serta tahu yang perkahwinan bukan macam dalam fairy tale story, bukan juga mcam dalam novel. Jauh sekali macam dalam cerita novel yang difilemkan seperti OMBAK RINDU itu... Bukan juga seperti TENTANG DHIA yang sangat melodramatik itu...

Ehsan gugel

Ehsan gugel
Perkahwinan adalah sesuatu yang realistik. Yang apabila sahnya kita menjadi suami dan isteri, maka disitulah titiknya kita harus menerima pasangan kita. Buruknya, baiknya, he or she are made for us... Bunyinya mudah, namuk praktisya masing-masing punya perspektif sendiri...

Dan disini saya ingin berkongsi dari segi perspektif diri saya sendiri.... Perspektif memberi dan menerima... Perspektif seorang ISTERI.

-------------------------------------------------------------

Bila dah kawen, apa yang jadi?

Macam-macam yang jadi. Hanya yang dah lalui sahaja yang tahu...

Antaranya...

"Eh, dia ni baju kotor main letak merata jer"
"Laaaa, satu malam tak boleh tido dengar dia berkeruh"
"Hurmmmm, kuat betul jelesnya"
"Semua pun nk ikut cakap dia, ingat dia betul semua ker"
"Ishhh, tido buas betul, macam katil ni dia sorang jer tido"
"Rimas la, semua benda nk kena pada tempatnya, tahu la kita bila nak mengemas, menyebok jer"

Itu antaranya, banyak lagi. Semuanya kita akan nampak bila dah bersama. Dan kebiasaannya, kelemahan pasangan la yang akan jadi keluhan kita.

Cehhh, cakap laksana kita tak der kelemahan diri. Pernah tanyer tak apa yang dia tak suka pasal kita.

Eh, baru kawen, semua pun ok.. is it??? Allaaaaa, kan ker nk jaga hati. Kentut pun kita kepit kan, takut terkeluar.

-------------------------------------------------------------

Macam tu ker bila dah kawen? Macam tak syioookkk jer....


Ehsan gugel
Eh, mana ader. Itu la keindahannya. Percayalah..

Tapi syaratnya, terima la seadanya. Beri la sebaiknya... Tanpa prejudis!!!

-------------------------------------------------------------

Terima seadanya??? Adoiiii la... Tensen betul!!!

ihsan gugel
Ya. Harus terima SEGALAnya.

Terima bahawa sesiapun punya kelemahan dan kekurangan. Tiada yang sempurna di dunia ini. Hemsem macam Brad Pitt kah dia? Buruk kah dia? Kurus cekeding macam cicak kubing kah dia? Gemuk gedempol macam tong drum kah dia? Putih melepak kah dia? Gelap gelita kah dia?

Semua itu bukan gambaran mereka sempurna. Kita pun tak sempurna. Layakkah kita mendambakan seorang yang sempurna untuk kita???

Cuma...

Jika mereka tak sempurna. Ketahuilah, bahawa mereka juga sedang belajar. Belajar menerima kita. Bantula mereka, kerana membantu mereka sebenarnya membantu diri kita.

Maka,

Mari la kita sama2 belajar menerima. Menerima seadanya pasangan kita. Jika betul kita tak sukakan apa2 tentang dirinya, berbincang la... Bergaduh la... Bertikam lidah la... Buat la apa cara yang kita selesa, namun jangan sesekali diam, kerana ia bukanlah pilihan. Ingat yang itu...

Untuk menerima, harus berterus terang, harus bercerita, harus berkongsi, harus mendekati. Jika disimpan, jika dipendam, jika disorok, maka itu menolak, jauh sekali belajar menerima...

Dan,

Dalam proses itu, kita harus bersabar. Bersabar melalui proses itu. Kerana semua pun melalui proses itu. Tiada yang terlepas. Tiada juga yang mendapat pelepasan....

-------------------------------------------------------------

Asik nk menerimanya jerrrr.... Kita pun ada ego kita. Ingat kita ni aperrrrr?
Ehsan gugel
Laaaaa.. Kan dah kater, sama2 belajar... Jika "sama2" itu maksudnya adalah bersama-sama, together-gether kata omputih.. Kan dh suruh berbincang. Maka jika telah berbincang, sekarang harus pula memberi...

Ehsan gugel
-------------------------------------------------------------

Memberi pulak??? Huhhhh, banyak sangat nk digest ni. Seme pun menyesakkan! Menensenkan! Membosankan!!! Malas arrrrr...

Ehsan gugel
Malas??? Hurmmmm, itu larangan yang utama. Kalau malas kenapa decide nk kawen??? Tak per la, nanti cerita episod lain pulak ya.. Sekarang kita teruskan kepada memberi.

Memberi? Ini sama juga macam menerima... Alaaaaa, kalau macam bulan puasa tu, jiran kasi kita juadah berbuka, kita pun balas la kan.. dapat pahala wooooo...

Aper lak kaitan ngan puasa ni????

Samer jer jawab nya. Kalau dengan jiran tetangga pun kita digalakkan saling memberi dengan menerima. Apatah lagi dengan pasangan kita. Dan memberi kepada pasangan adalah satu keindahan tak terkata. Itu belum cerita pasal pahala (topik ni saya bukan orang yg layak becerita, sekadar menggunakan kosa kata itu bagi menggambarkan keindahan memberi kepada pasangan)...

-------------------------------------------------------------

Yer la.. Yer la... tapi nk bagi aper? hadiah ker??? Hurmmm, tak der duit arrr.. Lagi pun malas pikir nk beli aper. tak der mood!!!!

Ehsan gugel
Huhhhh... Memberi dengan pasangan tak perlukan sebarang kos. Cuma perlukan sedikit usaha dengan keikhlasan. dan yang paling penting lakukan dengan hati yang terbuka...

Memberi la dengan ikhlas. Beri la aper sahaja yang mampu...

Dalam konteks ini, memberi itu besar maksudnya.

Memberi dalam segala hal.
Memberikan masa untuknya bermanja.
Memberikan tempat dihati kita.
Memberikan telinga untuk dengar luahannya.
Memberikan perhatian untuk dirinya.
Memberikan kekuatan kita bagi menampung kekurangannya. Dan juga sebaliknya.
Memberikan ruang untuk dia memperbaiki dirinya dan juga kita.
Memberikan ruang untuk dia mendekati kita lebih lagi.

Serta banyak lagi.. Jika ingin disenaraikan, maka tak abes laa entri ni nanti...

-------------------------------------------------------------

Tapi yang penting..

MEMBERIKAN DIRI KITA KEPADANYA. MENERIMA DIRINYA SEADANYA.

Ehsan gugel
-------------------------------------------------------------

Yer la, yer la.. Akan diusahakan nanti... Akan belajar memberi dan menerima. Tapi ntah laaaa....
 
Ntah la???? Terima la hakikat.
 
Itu la permulaan hubungan suami isteri. Mengenali diri sendiri serta pasangan dengan lebih dalam lagi. Membongkari keburukan serta kelebihan diri sendiri juga pasangan. Mendalami hati serta perasaan diri sendiri juga pasangan.Sama2 bertatih menuju ke alam baru yang bakal dicorakkan oleh kita, pasangan suami dan isteri.

Maka, kini kita harus sedar apa jua yang kita lakukan kesannya kepada pasangan jua. Jika kita terluka, maka dia juga berdarah. Jika kita berduka maka dia juga menangis. Jika kita gembira dia juga ketawa. Jika kita merajuk, dia juga menjeruk...

Jadi bersyukur la, kerana kini kita ada kawan berkongsi duka gembira, ada doktor di kala terluka serta ada sang pujangga memujuk di kala merajuk... Bersyukur jua, kerana kini ALLAH telah berikan seseorang menjaga kita siang dan malam, mengambil berat perihal diri kita di setiap saat, berkongsi segala cerita tanpa kira ketika...

Ehsan gugel
-------------------------------------------------------------

Sudah panjang penjelasan saya. Sudah banyak juga yang saya tuliskan. Dan kini yang tinggal cuma diri sendiri untuk menilai.

Menilai yang terbaik untuk kamu dan pasangan kamu. Berhenti mencari kesalahan dan keburukan orang lain. Mulakan dengan menerima seadanya serta berikan yang terbaik dalam perhubungan suci ini. Jangan sesekali melepaskan tangan pasangan kamu, jangan pernah kenal erti putus asa, jangan sesekali menoleh lagi, jangan pula sering mengeluh. Lakukan la apa sahaja bersama. Nikmatilah kurniaan yang telah ALLAH berikan ini.

Percayalah,  semua orang melalui apa sahaja yang kamu lalui. Semua orang jua mengalami turun naik sebuah perkahwinan. Dan yang pasti itulah keindahannya hubungan ini. Itu lah kenikmatan ikatan ini. Itu lah jua kebahagiaan yang hakiki.



Nota kaki entri ini : Saya bukan seorang yang layak menasihati, cuma saya cuba berkongsi. Tiada ada kaitan dengan sesiapa, sepenuhnya lahir dari rasa hati....

*Pasangan dalam karangan berjela saya ini adalah merujuk kepada SUAMI...


Me, Kids and World Scarves Problems

Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...