Friday, August 14, 2009

Muhasabah diri

Muhasabah diri... Seharusnya hari-hari aku buat benda ni supaya aku tak lupa diriku.. Tp kekadang aku tak terpikir pun nk muhasabah diriku.. Aper yang mengingatkan diriku hari ini adalah kerana lagu yang aku dengar pagi td. Lagu "Pergi tak kembali"....

Teringat masa mula-mula aku denganr lagu tu.. Aku menangis.. Teresak-esak... And thats happens today... After 9 years.. I cried again listening to that song.. Aku rasa sangat tersentuh. Sungguh mendalam makna lirik tersebut. Mengingatkan aku tentang segalanya. Menyedarkan aku tentang pelbagai perkara. Dan sesungguhnya aku tersedar bahawa telah lama aku tidak khusyuk sebegini mengingati yg ESA.. Ya ALLAH, besarnya dosaku... Ampunilah dosaku....

Banyak yang telah KAU kurniakan untuk ku... Cukupkah kesyukuran yang aku panjatkan kepadaMU.. Banyak yang telah aku minta padaMU.. Pernahkah aku mensyukuri atas apa sahaj pemberianMU..

YA ALLAH... maner hilangnya arah perjalanan hidupku.Setiap hari aku menghadapmu namun adakah aku khusyuk setiap kali itu.. Adakah KAU menerima segala amalan ku itu... Ya ALLAH... pimpin la hambamu ini kejalan yang ENGKAU redhai... Lindungi la hambamu ini dari melakukan perkara-perkara yang ENGKAU murkai... Rahmati dan berkati apa sahaja yang aku lakukan....

Tuesday, July 14, 2009

Lamenyer tak update.....

huhhhh... lamer betul tak update. Bukan sibuk pun, tp bukan tgh mood nk update... And actually a bit busy. Nk pindah umah. Tak lamer lagi dah, and i cant wait anymore. It's really exciting. Lagi-lagi bila pegi tengok umah, semua dah almost ready... Actually yg ptg ader umah, cukup keperluan pakai, makan minum, n keperluan harian yang lain dah sgt bersyukur. Dan yang paling penting ader suami and anak kat sisi... Yang lain2 tu tak per bila ader mereka. Yang lain blh usahakan. Umah sewa pun tak per. Hehehehe, but we must try our best for life kan... But, mereka mesti ader sebagai pemberi semangat... Lagi2 suamiku chentaku tu... Kalau dia tak der aku nk buat keje pun tak reti. Blur memanjang... Luv u alots abang...

mmm... aper lagi yg terjadi lately ek. Ntah, aku tak dapat pikir aper yang best pun. Biasa-biasa ajer. Seme pun yang dibuat berkaitan ngan umah baru. So, kalau citer panjang lagi pun pasal umah gak. Beli lampu, beli langsir, beli perabot sket2, buat cabinet, dll. Aper yang blh dikatakan, byk gak la berhabis utk umah ni. Dan seperkara yang aku belajar adalah, bila beli umah tu n hutang bank itu adalah suatu permulaan sahaja. Lepas tu nk masuk umah lagi byk duit nk kena pakai. Kesian chentaku, aku tgk berusaha gigih dia bekerja siang malam utk cari duit.

Abg, ketahuila bahawa sayang sentiasa bersyukur dengan aper shj yg abg kasi. Tak perlu mahal, tak perlu berjenama, yang ptg cukup utk kita bertiga sudah la. Jangan la pressusre diri abg sgt, sayang syg sgt kat abg, sedih la bila tgk abg tertekan jer. Kita buat slow2 la, tak yah seme nk kena sediakan satu masa, seme yg dah ader tu dah lebih dari cukup abg. Dan seperti yg selalu syg ckp, yg ptg sekali abg ader kat sebelah syg, n othez doesnt matter anymore. We'll do it together abg... Time kasih abg... Sayang syg abg sgt2..

oooooooooooo.. terlupa lak lagi satu citer best. Pasal kete kesayangan aku tu la. Rosak teruk rupanya kete tu. Sedap jer hari2 aku bawak pi keje. Selagi blh jalan aku lenjan jer. Baru jer anta repair last weekend, n jumlah duit yg perlu dibayar utk kerja servicing n repairing is about RM5000.00. Terduduk aku. Seme pun rosak, enjin nk lunyai aku kerjakan. AC samapi panas daaa (tu la sbb nyer pun ku pi anta kedai) Tapi actually bukan aku yg kerjakan pun. In fact aku jarang giler bawa sejak dah kawen ni. Asik kasi org pinjam jer. Tu la sebabnya rosak kater chentaku. Tp yg sebenarnyer rasa aku, dah 5 thn kete tu aku pakai, tak pernah dia meragam. Sbb tu la bila sekali repair jadi mcm tu. Tak per la, aku kena bersyukur sbb tak pernah dia mati tgh jalan. Walaupun macam2 rosak dia setia jer bw aku pi n blk keje... Hehehehehe... Yang ptg kater chentaku, redha dgn aper yang berlaku, baru lah tenang hati kita....

Dan yang plg ptg, time kasih kat abang, chentaku la, kerana tlg repair. Eh, tlg byrkan kos repairing tu. Syg byr blk installment tau, RM500 sebulan kat abg n start lepas raya ek.. Hehehehe, skrg ni tak blh start lagi, ader nk byr kredit card lu...

Aper lagi ek... Tak der dah kut yg best nk citer.. Tp aper pun seme best bg aku. Hari2 aku memg best jer, ader suami and anak disisi... Bersyukur ke hadrat ilahi kerana kurniaanNYA kepadaku. Yang ALLAH kau tetapkan lah imanku agar sentiasa mengingati MU serta bersyukur diatas segala kurniaan MU...

Wednesday, June 03, 2009

Kasihku

Kasihku,

Kaulah segalanya untukku
Aku bersyukur kau hadir dalam hidupku
Kau menyinari setiap ruang hatiku
Kau melengkapi kekurangan diriku

Kau disisi tak kira waktu ketika
Kau bersamaku tika bahagia dan sengsara
Tika gembira dan duka
Tika tangis dan ketawa

Kasihku,

Kau tak pernah jemu menasihatiku
Kau tak pernah jelik seadanya aku
Kau tak pernah mengeluh atas kepincanganku
Kau tak pernah menyesal menerimaku

Kau bersabar atas sikapku
Kau tersenyum melihat marahku
Kau tertawa atas rajukku
Kau mendengar akan leteranku

Kasihku,

Ketahuilah,
Sesungguhnya kasihku padamu seikhlasnya aku
Kasihku padamu sepenuh hatiku
Kasihku padamu kurniaan terindah ALLAH padaku

Ketahuilah,
Senyumanmu, gelak tawamu, pelukanmu, ciumanmu,
Segalanya pembakar semangatku,
Marahmu, teguranmu, leteranmu, tangismu
Segalanya mendewasakan aku..

Kasihku,

Alhamdulillah..
Syukur kupanjatkan kehadrat Ilahi
Segalanya yang telah DIA tentukan
Adalah yang terbaik dan terindah untukku

Tiada yang lebih kupinta dariNYA
Moga ALLAh kekalkan kebahagiaan ini ke akhir hayatku
Moga ALLAH panjangkan hayatmu
Moga ALLAH merahmati dan memberkati perjalanan hidup kita
Moga ALLAH melindungi, memimpin dan menetapkan iman kita
INSYAALLAH..

KASIHKU,
TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA
AKU CINTAKAN MU
AKU KASIHKAN MU
AKU SAYANGKAN MU


Kerja, Cuti, Kenduri....

Kenapa ntah aku tulis tajuk entry kali ni mcm tu... Senanyer rasa mcm dah lamer tak mencoret dan meluahkan aper yg terbuku dihati dan terpikir dikepala...

Sebenarnya sekarang kami sekeluarga tengah sibuk dengan kenduri adik ipar aku yang bongsu. Hujung minggu lepas kenduri dikampungku dan minggu ni kami akan menghantarnya ke kelantan belah suaminya pula.

Penatnya kenduri dikampung belum habes lagi. Aku dan kasihku masih belum dapat berehat sepenuhnya. kasihku masih sbk uruskan hal-hal berkaitan rumah yang sepatutnya siap by end of this month. Aku pulak biasa la, tak habes lagi mengemas, membasuh, menyiapkan hal2 umah dan keje lain yang dah lame aku tak buat betul2. Yer la, dah sebulan kitarg asik sibuk blk kpg bila hujung minggu uruskan persediaan kenduri adikku...

Alhamdulillah, semua pun dah berjalan lancar. Dah selesai pun semua. Esok kami sekeluarga akan bertolak ke kelantan untuk menghantar pengantin. Kesian pula fikirkan buah hati kami yg comel tu. Tak pernahnya dapat berehat dirumah. Pantang hujung minggu mesti berjalan.. tak per la. This week will b the last week, then we r gonna have a full rest at home... Masak2, makan2, bercinta... Hehehehe....

Keje pulak aku ingat minggu ni aku tak buat aper2. malas... Tak bersemangat. Lagi pun aku keje dua hari jer minggu ni... Di unit ni pun tak der aper yg perlukan feed back segera. So, aku pun mula membuat kerja2 yang bukan. Serf internet, baca buku, tgk movie.. Aper2 jer la sementara menuggu pukul 5...

Dah la aku mengarut... Sesajer senanyer nk update wat happened in a few weeks back... Nanti la, aku update gambar kenduri. Tak der yang menarik. Aku tak sempat pun bergambar ngan pengantin. Maklum la, jadi AJK angkat pinggan kotor pada hari tersebut. Aku pun tak kisah, yang penting kenduri berjalan lancar... :)


Monday, May 18, 2009

Aku blurrr....


Boringnya... Ngantuknyaa.... Nk tido...

Seme urusan dah setel, insyaallah esok aku blh bekerja dgn khusyuk tanpa gangguan urusan luar yg lain.. date line pun dah dekat, 2 weeks to go...

With all the readings which i've to do before starting my job task, i think i need more time.. But sometimes working under pressure is alot better than do it as lalalalalalala....

mmmmm... I've an idea how to start my new task. Kay la, cont later...



Friday, May 15, 2009

sayu dan sunyi

Diketika aku menulis entry ini aku berada dirumah berdua bersama anakku.. Tp kebiasaan bagi seorg bayi pada umurnya akan memenuhkan masa lapangnya dengan tidur. Aku mula terasa sunyi dan sayu.... Sedih benar rasa hati ku bila salah seorang yang aku sayangi tiada disisiku...

Suamiku sedang menghadiri majlis makan malam anjuran sebuah syarikat yang sama bekerja dengannya. Esok pula dia akan terbang ke Beijing untuk lawatan bersama syarikat tersebut juga... Pikirku ingin bermanja sepuasnya dengannya hari ini... Rindu betul aku dengannya.. Aku sebak bila mengenangkan yang dia akan tinggalkan aku dan anak selama 5 hari... Mana pernah aku ditinggalkan selama itu sepanjang kami berkahwin...

Kali terakhir dia outstation dia ke Penang selama sehari semalam... Itu pun aku dah mengigau bgn mlm mencarinya... Aku menangis sendirian bila aku bangun di tengah mlm dia tiada disebelah. Seluruh rumah aku cari dia... Aku menangis sendirian setelah puas mencari baru ingat di ke Penang. Tak tido aku semalaman rindukan dia...

Kali ini dia akan ke Beijing selama 5 hari 3 malam... Mcmmaner la aku nk lalui tanpa dia disisi selama itu.. Setiap malam bila aku bangun susukan anakku aku renung tgk dia tido. Cukup la dia ader detik hatiku. Anak biar aku yang jaga pun tak per, aku tak tido pun takper, yg ptg dia ader didepan mataku. Namun Kekadang bila aku mengantuk aku minta juga dia gantikan aku jaga anak yg tak mau tido... Walaupun aku tau dia sgt mengantuk, dia tidak pernah katakan tidak padaku .... Aku sebenarnya tak kisah lakukan aper shj asalkan dia ada sebelah memberi sokongan padaku...

aku sangat sedih. Aku sangat sayu... Tp aku tau dia ke Beijing kerana kerja... Tp aku tetap sedih. aku tetap sayu... Ikutkan hati ini tak mungkin aku benarkan dia ke beijing...

Abang syg sayang sgt kat abg... Doakan syg kuat... Syg tak pernah disayangi sebagaimana abg menyayangi syg.. Sejak kecil segalanya syg lakukan sendiri... Semuanya syg pikir sendiri.. Tp sejak bersamamu semua pun kita lakukan bersama... Mana mungkin aku tidak terasa ketiadaanmu walaupun sekejap....

Abg,
Ingatlah bahawa syg sayang abg sgt, syg akan rindukan abg sgt. Lamernya lima hari abg. Byknya masa syg utk bermanja terbuang... Abang jaga diri baik2 ya.. Jgn lupakan syg dan anak. Syg akan tunggu panggilan abang setiap hari. Sayang merajuk tau kalau abg tak call... Nanti anak pun saya akan ajak dia merajuk sama ngan syg... Yang plg penting abg mesti jaga diri abg baik2. Jgn lupa mkn, munum air byk2... Ubat bawak la ya. Abg kan senang demam, senang kena selsema, risaunya syg... Jaga diri ya bang. Syg dan anak sayang abg sangat...

BUAH HATIKU DAN SUAMI


Inilah buah hatiku dan suami.... Hepi nya bila dapat baby dan jadi ibu. Hanya tuhan yang tahu betapa gembiranya hatiku ini...

Kalau dulu pegi keje blh blk lambat, tp sekarg pukul 5 tu dah ader dekat punch machine.. Tak sabar nk jumpa baby. Mcm maner penat pun bila dapat jumpa dia mesti hilang seme penat.. Duk kat opis lak asik ingat dia jer... Rindu gila kat dia...

Tu belum citer 1st day dia ke nursery... Dia rilek jer, tp umminya mcm nk rak nangis.. Naluri ibu barangkali... sampai penin suamiku memujuk.. aku tetap nangis.. Aku kan murah air mata... Hehehehehe...

Aper pun, setiap kali aku tgk anakku, aku sentiasa muhasabah diriku... Besarnya kuasa tuhan. Cantiknya perancangan DIA.. Tak terpikir mcm maner aku blh kandungkan lam perut aku seorg lagi manusia, yg akhirnya dilahirkan dan dibesarkan jadi org.. Sempurna sungguh kejadian yg ESA. PerancanganNYA MASYAALLAH, tiada cacat celanya... Cuma kita manusia, sentiasa mencari kelemahan terhadap sesuatu yg berlaku.. Jika kita lihat kelebihannya, maka kita lah makhluk tuhan paling bertuah... ALhamdulillah...

Anakku, ketahuilah, bahawa ayah dan ummi sayangkan dirimu sgt... kami doakan agar dirimu jadi insan yg berguna satu hari nanti... Ya ALLAH, lindungilah, rahmatilah serta berkatilah anakku dalam apa jua yg dilakukannya. Pimpin la dirinya jadi anak yg soleh, serta umat yg berguna. Moga dia berjuang dijalanMU, serta menjadi bijak pandai seperti bijak pandaiMU yg terdahulu... Amin...

Me, Kids and World Scarves Problems

Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...