Tuesday, January 10, 2012

Cuti-cuti Part 2

Saya bakal sibuk minggu ini. Bermula hari ini sebenarnya... Maka sebelum saya memulakan tugas, lebih baik saya sambung dulu episod percutian saya 2 minggu yang lalu. Jika tidak, nescaya, jadi seperti perkara yang lepas, dilupakan terus dari sejarah... Yang tinggal cuma tapak, itu pun kalau ada... Silap2, aper pun takder..

Sooo, haiiii, port dickson. hehehehehe... Here we come, direct from A' Famosa. By noon dah sampai port dickson. Punya la mencari tempatnya, rupanya nama yang tertera di laman web adalah nama baru yang telah di'rebranding' barangkali.... Hurmmmm, mujur mujur tak sesat...

1st impression...

Nota untuk  gambar : Front lobby. Formerly known as The Legend International Water Homes.

Not so bad. Even the crowd is alot, check in take about 10 minutes only. the room is quite far, but dont worry, the services is top 10. They are ready for u. Even the bags arrived earlier than us at the room.

The room???

Nota untuk gambar : Fantastic!!

Spacey enuf for 4 of us. And it feels like our own home, really cozy. Just look at ahmad fatih n ahmad faris, they cant stop running n moving over here n there inside the room, :).

Wanna see the toilet?

Nota untuk ambar : Love it very much. Boleh jadi satu bilik. Dah arrrr banyak cermin... Heavennnn

Ok, this is actually the reason why we choose the place for the vacation. And we'r definitely satisfied with this. After all its for fatih n faris, and they are 110% enjoy the cuti-cuti.

Nota untuk gambar : The pool!!

Kata ayah nanti kita buat satu kat rumah. Sejibik macam ni. Yeaaaa!!!!

Last but not least, inilah dia sekitaran grand lexis di bhgn hadapan. Kami sekeluarga tak sempat travel keseluruhan pun, cuma bhgn depan jer n enjoy kejap kat restaurant for tea upon arrival n bfast on the next day... Why? Bcos we'r too busy enjoying our prime time inside the room andddd the pool. Dah otw blk, baru terpikir, laaaaa, tak sempat ke pantai di blkg... Ayoyo...

Nota untuk gambar : The hotel n restaurant

Keseluruhannya, kami sekeluarga sangat gumbira disini. Dah arrr rasa cam rumah sendiri. Sangat selesa. Doaku moga2 cita-cita chentaku nk buat sejibik macam ni satu kat rumah menjadi kenyataan suatu hari nanti. Tak kisah la walau seploh thn lagi pun....


Nota kaki entri cuti-cuti episod last ini : Babai grand lexis, wait for us to come again next time... We had a fabulous great time over here, and its really worth it to have our vacation here.

Friday, January 06, 2012

Cuti-Cuti Part 1

Setelah dipikir-pikir, maka kugagahkan jua diri menaip sepatah dua kata (aku sangat pasti akan jadi, ribuan kata) untuk menceritakan weekend ku yang lepas..

Setelah setahun tak kemana, selain ketempat kerja dan tempat membeli belah sehingga terbelah poket, maka suami terchenta merancang kononnya nk bercuti dari melakukan aktiviti hariannya. Isteri pasti la lebih gembira. Kerana bila bercuti suami dari aktiviti hariannya, maka isteri tak lagi perlu kemas rumah, kemas baju, memasak dan melakukan tugas harian. Isteri juga boleh bercuti. Horrrrreyyyyyyy!!!

Maka bergerak la kami sekeluarga bersama kereta dan beg serta bakul anak2 ke selatan tanah air, tapi tak sampai selatan, sampai tol simpang ampat sahaja. Destinasi tujuan, pasti la destinasi percutian...


Nota untuk gambar : A Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka. Alor Gajah ker? Yang pasti kuar tol Simpang Ampat.

Sampai A' famosa pun dah petang. Lalu terus check in,dan menikmati suasana depan bilik hotel sambil menyuapkan makanan kepada adik. Ayah, ummi dan abang tiada lain selain mengambil gambar sekitaran.

Nota untuk gambar : Depan bilik hotel. Ok laaaa....

Bila malam menjelma, maka berjalan kaki la kami sekeluarga ke cowboy town yg bunyinya macam pekan koboi tapi tiada la berjumpa walau seorang koboi sepanjang malam kami disana. Yang berjumpa, bermacam ragam manusia yang masing2nya datang bercuti untuk menyambut tahun baru disana. Eh!! tahun baru rupanya.. Baru sedar sang isteri, yang semua disitu sedang count down 2011 untuk menyambut tiba 2012.

Jika ditanya apa yang menarik di pekan koboi A' Famosa, ikhlasnya tiada yang menarik hatiku... Bawa anak2 berjalan itu la objektif. Lagi pun tujuan percutian dari proposal suami bukan disini, tapi esoknya ke port dcikson... Tungggguuu yaaaa... Layan dulu gambar2 yang sempat di snap di sini...

Nota untuk gambar : Ayah n adik ditugaskan membeli tiket. Ummi n abg sibuk tgk gaya org di sekitaran.
Noat untuk gambar : Mereka jantung hatiku
Nota untuk gambar : Mengisi masa lapang sambil menunggu bunga api. Kata ayah, nk tunggu juga bunga api sebab nk cuba amik gambar... Hasilnyaaa?????

Nota untuk gambar : Ribuan manusia.... Dan kilauan bunga api hasil usaha ayah menangkap gambar.

Setelah penat duduk menunggu bunga api, maka kami sekeluarga berjalan kaki lagi. Pegi mana?? Pasti la balik bilik, untuk ZZzzzzzZZZzzzzzZZzzzzz....


Nota untuk gambar : Gud nite A' Famosa.

Babai A' Famosa, selamat datang Port dickson....


Nota untuk gambar :  Souvinier yang dapat dari cowboy town.. RM50.00 per person. Mahal kannnn? Dah la xder aper sangat punnnn.
 Nota kaki cuti-cuti part 1 : Hurmmmmm, A' Famosa ok-ok la. Tapi meluangkan masa bersama mereka adalah TERBAEEEEKKKK.

Wednesday, January 04, 2012

Akal si Ahmad Fatih

Scene di suatu petang, ketika baru pulang dari pejabat :

Fatih : uhuk uhuk huk uhuk...
Fatih : Fatih batuk la ummi
Ummi : Betul ke fatih batuk ni?
Fatih : uhuk uhuk huk uhuk uhuk huk uhuk... Betul la mi, fatih sakit perut la mi. Fatih nk gi hospital la mi.
Ummi : Fatih cakap betul2 fatih. Ummi risau tau fatih sakit ni.
Fatih : uhuk uhuk huk uhuk... Betul mi, fatih nk gi hospital.
Ummi : Fatih betul ke ni? Fatih nak aper sebenarnya ni?
Fatih : Fatih nk nenen boleh?????
Ummi : Grrrrrrrrrrrr.....

Sudah ku duga akalnya. Sentiasa kreatif pikirkan aper cara supaya dia boleh menyusu macam adiknya...


Nota untuk gambar : Tu tengah pikir, apa lagi nk buat? Percayalahhhh...

Nota kaki entri ini : Ahmad fatih ni. lambat sket boleh bercakap, tapi bila dia dah boleh bercakap, adoyaiiiiii, pelbagai kerenahnya.

Tuesday, January 03, 2012

Fatih & Faris

Aku sebenarnya dalam mood nk mengupdate alkisah percutianku di hujung mggu yang lalu. Namun byk betul halangan yang mendatang. Nak donlod gambar dari kamera pun sekian lama masa diambil.

Setelah mengdonlod, maka ku skroll untuk melihat gambar2 yang ada... Tertarik pula dengan aksi dua beradik, abang dan adik. Maka aku rasa sangat elok la, jika ku upload dulu gambar mereka berdua, yang kurasakan mendatangkan mood bekerja untukku hari ini... 

Taraaaaaaa......
 

Nota untuk gambar heroku : Macho tak???

Nota untuk gambar heroku : Comel tak???
 
Nota untuk gambar heroku : Serius tak???



Nota untuk gambar : Seksi tak?? 
 
Nota kaki : Cuti2 pospon lu la... Malas tul nk edit gambar... Heheheheh.

2012

Pejam celik pejam celik, dah pun 2012. Cepat sungguh masa berlalu pergi. Sedar tak sedar dah bertambah lagi setahun umurku. Huhuhuhuhuhu... Dah bertambah tua.

Bila tahun baru seme orang akan bercerita pasal list azam tahun lepas beserta pencapaiannya, juga list azam tahun baru. Tapi aku? Tak pernah ader list seikhlasnya. Pernah juga la cuba2 buat list. Maklum la, dulu masa di sekolah, rasa aku berbuih mulut cikgu menceritakan pentingnya azam. dan walaupun dia selalu cerita waktu hari pertama kelas setiap tahun, namun dia juga tekankan bahawa bila2 pun kita boleh berazam.

Yup. The message conveyed by the teacher, did reached to me 110% complete. It just that, i'm not into the thing they call "AZAM". Tak pandai berazam bagai ni. Apa yang ditekankan, adalah buat yang terbaik untuk seme benda yang aku perlu lunaskan. Itu pun kira azam kan. Kan kan kan. (Bila banyak kan itu, maksudnya "SILA ANGGUK DAN BERSETUJU DENGANKU" walaupun secara paksa rela... Hahahahahha)

So, bila dah ader blog ni, aku pun teringin la juga untuk berazam ni. Tapiiiiiiiiii, bila pikir2, suara hati tak berhenti bertanya :

 "Eh, aper nk letak sebagai azam nih".

"Betul ke tu azam? Ker sekadar nk sedapkan hati, sbb seme orang berazam"

"Selalu kalau berazam, seminggu jer, pastu lupa"

"Selalu kalau berazam sbb kat radio, dengar cerita pasal azam, tak pun dengar kawan2 berazam"

"Kalau ader azam, pastu tak tercapai, macam mana lak. tertekan tuh"

"Ni, duk pikir azam bagai, betul2 nk berazam ker, atau for the sake of the entry"





Hahahahahaha, kurasa yang terakhir itu paling tepat. Ok, fullstop.  Jangan pikir lagi. "

Eh, jap. Harus pikir juga. takkan nk mengarut begini sahaja di entry ini." (Itu suara hati okehhh. Hehehehehe)


Nota kaki entri ini : Setelah dipikir-pikir, keputusan dibuat agar entri ini berakhir disini, dimana cerita persoalan hatiku pasal azam sahaja. Kalau disambung lagi cerita lain, nampak macam tak relevan.

Setelah dibaca semula nampak macam aku break emergency di akhir perenggan, tapi tak per la. Suara hati kata, berhenti disini. Lalalalalalalala...

Friday, December 30, 2011

cerita anak-anak saya

Entri ini adik saya yang cadangkan untuk saya tulis. Kata dia mesti best. Tapi saya rasa, saya dh hilang skill untuk menulis. Hari ini saya mencuba.

_________________________________________________________________________________

Korang mesti tahu iklan, yang wardina dengan anaknya (saya tak sure anak dia ker tak, tp iklan tu budak kecik comel tu anak dia la kan). Iklan yang citer pasal magnet tarik besi tuh. Iklan susu tu, tapi saya lupa susu aper. Nk google pun malas. Hehehehehe...

[[[[Eh jap, selingan. Saya selalu berangan nk jadi ibu cam wardina tuh, boleh cerita ngan anak2 pasal magnet tarik besi. Pasal sains. Saya nih, nk cerita pun tak pandai. Berkaitan sains pula?? Adoiiii. Kalau itu skema pemarkahan seorang ibu, maka gagal la saya. Nasib baik tak. Phewww... Phewww..]]]]

Ok, back to track. Ingin saya memperingat kepada semua sebelum kalian terus membaca. Bagi sesetengah orang ini cerita mungkin diaggap belagak. tapi bagi saya, ini cerita mengharukan hati saya sebagai seorang ibu yang tak bijak untuk cerita pasal sains. Haihhh..


Nota untuk gambar : Ini pose maksu suruh buat kan fatih? Kata mak su special untuk mak der yang jauh dimata...

 Ini cerita berkaitan saya dan empunya yang dalam gambar di atas. Cerita bermula dengan kenakalan nya yang disokong penuh oleh ayahnya. Okey, stop! Kenyataan itu tidak adil. Ayat yang lebih adil adalah, ayah dia suka sangat menggalakkan dan membelikan kereta control utk fatih ni. Ahmad fatih pulak, dari tak tahu apa2, sampai sekarang dah pandai main. Pandai la juga menggerakkan control car nih kedepan dan belakang. and yang paling tak tahan, seme tempat dia nk lalu, termasuk bawah kabinet2 saya.

So, one day, dia telah menggerakkan kereta nya ker bawah kabinet tv saya, pastu oleh kerana sifat keibuan saya yang melonjak-lonjak (chewahhhh.. padahal saya serabut), saya pun usahakan la menghulurkan tangan saya untuk mengambil kereta tersebut. Sementara ayahnya pula, cuba mengontrol menggunakan remote supaya kereta tu blh keluar. Tapi malagnya usaha kami, tidak berhasil, tak sampai dek tangan dan juga kereta tersebut telah terlekat pada wire2 yang beselirat kat bawah kabinet tuh...

Tiba-tiba...

Dengan machonya.. datang la ahmad fatih.... Taraaaaa...

Dengan pistol airnya yang telah rosak.. (Panjang juga pistol ni. Dah byk kali saya pikir nk buang pistol ni, sbb dia selalu acah nk pukul adiknya ngan pistol tu).

Menunduk didepan kabinetku, lalu memasukkan pistol tersebut ke bawah kabinetku, lalu menolak kereta tersebut keluar dari bawah kabinet tersebut dengan jayanya....

Senangnya.

Terus saya amik n peluk n cium dia. And pada masa yang sama, terus saya teringat kat iklan wardina ngan anaknya tu.. Terharu saya. Bijak juga ahmad fatih ni. Barangkali sel-sel dalam otak dia dah bersambung2 mcm dalam iklan tu kut... hahahahahhahaha... Byk sgt tgk iklan saya nih...

Ok la, tu jer la... Sblm bontot saya ni kembang lagi. Tak der org puji pun saya kembang sendiri. Bangga dengan pencapaian anak2. Ya ALLAH, aku tidak bermaksud untuk riak. Sekadar ingin berkongsi kegembiraan ku di alam maya ini.

Jap, jap. Tu saya cerita dia nakal kan. Tapi gambar kat bawah ni saya nk tunjuk dia masa masuk hospital hari tu, drug overdose kata doktor. Tapi ntah la. Saya tak mahu cerita byk. Itu detik paling menakutkan saya. Traumanya masih terasa hingga ke hari ini.Sampai demam2 saya. Saya share gambar jer ya...

Nota untuk gambar : Eh, ni adik kesayangan ahmad fatih... heheheh, mesti kena letak gak.. Lagipun masa di ward, adik, ayah dan ummi setia tido di hospital meneman abg. 

Nota untuk gambar : Ni masa di ward dah, dah ok alhamdulillah, cuma doktor monitor blood pressure n nadinya...
Nota untuk gambar : Sedih kan? Bila dia nakal saya asik marah jer kat dia, tapi bila dia sakit, saya jadi tak keruan. Serba tak kena dibuatnya.... :( 

Nota kaki entri keibuan ini : Kata maksu, fatih jadi macam tu sebab khasiat susu ibu. Nak tahu kenapa? Fatih masih lagi breastfeed! Melampau kannnnn???

Keluh kesah diri ini....

Saya sekarang sebenarnya tengah betul-betul jadi seorang pemalas. Malas nk pikir aper nk buat kat opis. malas nk pikir aper nk masak hari2. Malas jua nk pikir apa nk taip untuk entri disini. Puas sudah saya cari puncanya, tapi tak berjumpa.

So apa yang saya buat hari2? Jawabnya, saya ikut flow sahaja, apa perlu, saya buat, apa penting, saya dahulukan. Apa yang nak, saya usahakan cari. Ikut jer... Kalau flow mcm terhenti saya pun terhenti, silap2 saya terhantuk. tapi bila terhantuk saya tak sedar pun, cuma saya akan rasa sakit seminggu kemudian. By that time saya akan kata "Eh, bila terhantuk ni, sakit la". Lepas tu dah. Layannnnnn...

Teruk kehidupan sebegini. Semangat tak der. Motivation zero. Hepi? Sedih? Boring? Tensen? Ntah. Saya pun tak tahu beza dh what those feeling feels like. Sedih kan life saya. Xper la, malas pikir dah.

Cuma sekarang, saya sedang belajar untuk banyak bersyukur. Bersyukur atas apa yang saya ada. Kesihatan. Keluarga. Pekerjaan. Rumah. Makanan. Minuman. Segala yang saya ada. Saya tahu apa sahaja yang telah ditentukan untuk saya adalah yang terbaik.

Mengeluh? Saya selalu mengeluh. Tipu la kalau saya kata saya cuma tahu bersyukur. Sudah tentu saya tahu mengeluh. Malah selalu. Sebab itu la saya kata saya sedang belajar untuk bersyukur. Mungkin juga sebab saya sudah letih mengeluh.

Nota kaki entri tak berkesudahan ini : Saya tahu, apa sahaja yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Itu saya konfem!!

Me, Kids and World Scarves Problems

Last weekend, I rearranged my scarves from hanger to the big plastic box. That's when my kids enter the room and start questioning. Ad...